zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: digitalgoogle0d30047a50102498.html
Memaparkan catatan dengan label digital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label digital. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Perkembangan Alam Smesta - Teori Big Bang perkembangan Alam semesta yang termaktub didalam Al-quran



Sumber : NASA


Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad

Read more ...

Isnin, 13 Januari 2014

Ayat Pembatal Sihir





Surah Yunus 81-83

Read more ...

Ahad, 12 Januari 2014

Maksud Surah Al-Fatihah


Read more ...

Rabu, 8 Januari 2014

Peristiwa Besar Menjelang Kiamat Kubra




           Asalamualaikum kali ini admin nak ceritakan ringkasa dari buku Sepuluh Peristiwa Besar Menjelang Kiamat Kubra (Tulisan  penulis Drs. Arsikum Almasyhudi) . Admin ambil ringkasan daripada buku ini supaya admin tidak memberi slah tafsir dai segi pemahaman diri admin tentang tanda-tanda kiamat ni, so baca dan fahami ye dari ringkasan buku yang admin baca ni

        Sepuluh peristiwa besar menjelang Kiamat Kubra adalah kepercayaan peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat. Kepercayaan didalam islam menurut ilmu Usuludin adalah disebut dengan Itiqad. 
Kiamat pasti akan terjadi, tiada keraguan lagi padanya. 
Firman Allah : 
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang dan tidak akan diragukan. Dan bahawasnya Allah akan membangkitkan semua orang yang didalam kubur. (surah al-haj :7)

Kejadian hari kiamat terdapat didalam rukum iman yang wajib kita percaya 
1- Percaya adanya ALLAH
2- Percaya kepada adanya malaikat-malaikat ALLAH
3- Percaya kepada kitab-kitab ALLAH
4- Percaya kepada para rasul
5- Percaya kepada datang nya hari KIAMAT
6- Percaya kepada Qado dan Qadar


Dahsyatnya hari kiamat seperti yag diterangkan didalam ayat al-quran
Firman ALLAH:

Hai semua manusia bertakwalah kepada tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sesuatu yang amat dahsyat dan mengerikan. 
Pada saat terjadinya, kamu akan melihat wanita yang sedang menyusuai akan lupa terhadap bayi nya, dan wanita yang sedang hamil akan gugur kandungannya, juga akan melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak minum khamer (MINUMAN KERAS) yang memabukkan, tetapi sangat kerasnya siksa ALLAH ( surah al-haj : 1-2)

Tedapat 2 jenis kiamat 
1- Kiamat Sugra

2- kiamat Qubra


Apa yang admin nak ceritakan disini adalah tentang tanda-tanda besar kiamat, mengikut buku yang ditulis oleh Drs Arsikum Almasyudi didalam buku karangan beliau iaitu Sepuluh tanda besar kiamat qubra adalah:

1 - Munculnya Dajjal Al-masih


Kemunculan dajjal -al masih telah diterangkan dalam post yang sebelum ini. Dajjal merupakan seorang lelaki yang mengaku Nabi dan kemudianya menjadikan diri nya tuhan. Keterangan mengenai dajal boleh dibaca didalam post yang sebelum ini , boleh klik disini untuk membaca tentang Dajjal--> http://www.kainkapanku.blogspot.com/2013/12/dajjal-al-masih-ujian-umat-akhir-zaman.html

2- Munculnya Iman Mahdi

    Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelaran khalifahamirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasullullah S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,


 “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 



“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
     Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.
    Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:
Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji
        Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.
    Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.
    Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.
        Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.
         Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang namanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

3- Turunya Nabi Isa A.s


    Turunnya Nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama ,baginda akan bekerjasama dengan Imam Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.

Read more ...

Khamis, 2 Januari 2014

Learn From The Eagle (Operation Behavior) -Kajian Tentang Tingkah laku operasi sesuatu Organisasi

           

    Asalamualikum Bertemu kembali didalam Arena Blogging, Kali ini Admin akan menceritakan tentang tingkah laku operasi yang bertajuk Learn From The Eagle. Okey sapa tahu eagle yakni burung helang? ada mistik dan misterinya tentang kehidupan urung helang ini yang bolehg menjadi contoh untuk perkembangn sesuatu organisasi itu. Tajuk ini Admin ambil dlam salah satu tajuk asigment admin, so kepada mereka yang ingin merubah tingkah laku operasi organisasi boleh berlajar daripada burung helanh ni ye.

PERUBAHAN DIDALAM ORGANISASI
Pada masa ini Negara mengalami banyak perubahan dalam pelbagai bentuk. Ada sesetengah perubahan itu mungkin sesuatu yang kita jangka, ada juga yang berlaku tanpa diduga. Sebagai contohnya, perubahan terhadap harga beberapa barangan kawalan dalam Negara seperti minyak. Persoalan utamanya sejauh mana kita bersedia berhadapan dengan ssuatu perubahan atau setakat mana kita bijak menangani sesuatu perubahan. Khusnya dalam konteks sesebuah organisasi. Secara umumnya, perubahan yang perlaku didalam sesebuah organisasi adalah berkait rapat dengan matlamat untuk mencapai peningkatan prestasi. Terdapat empat katagori utama perubahan iaitu:

 Struktur Organisasi
         Perubahan struktur organisasi melibatkan pertukaran struktur formal yang berkaitan dengan tugas dan hubungan autoriti. Perubahan ini termasuklah pembentukan dasar, system maklumat system perakauaan dan belanjawan, pengurusan strategic, aktiviti orang bawahan, system-sistem ganjaran dan isentif serta pengubahsuian struktur organisasi formal. Perubahan struktur biasanya memberi kesan terhadap keseluruhan organisasi. Sebagi contohnya bagi desing manager di sesebuah organisasi interior design yang tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas mereka dengan efektif, pihat organisasi akan mencari calon yang sesuai , sama ada dari dalam atau pun luar.
 Produk Dan Perkhidmatan
      Perubahan dalam produk danperkhidmatan termasuklah perhubungan produk atau perkhidmatan baru serta pengubahsuaian dan pembaikan kepada produk dan pekidmatan yang sedia ada. Tujuan perubahan ini adalah untuk meningkatkan syer pasaran, menambah pelanggan baru atau pasaran global serta mengekalkan tahap kompetitif organisasi interior Design. Kerap kali produk atau perkhidmatan baru berkait rapat dengan inovasi perubahan teknologi.

Teknologi
        Perubahan teknologi berkait rapat dengan pengeluran dan kaedah-kaedah inovatif untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepda produk atau perkhidmatan. Perubahan ini termasuklah robotic, optic gentian, alat-alat pemprosesan, statelit computer, computer laser, perisian-perisian dan lain-lain inovasi teknikal. Selain itu aliran kerja, kawalan kualiti, pembaikan kerja, keberkesanan kos, dan masa memproses juga tergolong dalam katagori ini.
Manusia( Pekerja, Pelanggan)
       Perubahan manusia merujuk kepada gelagat individu, sikap, kepercayaan, atau pegangan, persepsi, kemahiran, asas-asas ilmu, keupayaan dan jangkaan kerja mereka. Perubahan gelagat mungkin mencakupi usaha-usaha individu, kumpulan unit ataupun seluruh organisasi. Peningkatan kemahiran didalam kepimpinan, komunikasi, perancangan, pengurusan konflik, penyelesaan masalah, latihan teknikal yang khusus, perhubungan kemanusian dan imej kendiri juga adalah termasuk dalam kumpulan ini. Objektif utama bagi pembagunan kemahiran dan perubahan gelagat adalah untuk mengukuhkan produktiviti individu dan prestasi organisasi keseluruhan.
Proses Pengurusan Perubahan
      Terdapat banyak model yang cuba menjelaskan proses perubahan terancang dalam proses perubahan itu sendiri. Dalam model lewin perubahan organisasi terancang melaluai tiga fasa yang jelas dan berkait rapat. Fasa tersebut terdiri daripada  fasa kesedaran (unfreezing), Perubahan (changing), dan penggukuhan ( Refreezing)
              
Berdasarkan model perubahan terancang ini, terdapat beberapa aktiviti yang terlibat dalam ketiga-tiga fasa iaitu:
Fasa1 : Kesedaran
-Menyediakan situasi untuk berubah
Menetapakan keperluan untuk berubah
Menciptakan ketidakpuasan terhadap status quo
Atasi sebarang tentangan terhadap perubahan yang dirancang
Bentuk satu wawasan untuk masa hadapan
Perubahan didalam organisasi  perlu dilakukan dengan menetapkan keperluan untuk berubah, apa yang diperlukan untuk masa apa masa hadapan. Mencuba mendekati orang bawahan dengan memberi kesedaran kepada mereka, dan menyatakan organisasi akan membuka cawangan baru di luar Negara , oleh itu mereka dapat meningkatkan prestasi kerja mereka. Bagi yang inginkan bekerja di cawagan luar Negara , mereka perlulah memiliki sifat-sifat kualiti yang dikenhendaki oleh organisasi. Perubahan ganjaran dan gaji serta pakej yang menaraik akan ditawarkan kepada para pekerja yang berjaya. Secara automaticnya persaingan akan berlaku.
Fasa 2 : Perubahan
Perubahan sebenar dilakukan
Kompenan-kompenan organisasi diubah
Latihan kemahiran dilakukan
Sumber-sumber organisasi menyokong perubahan sepenuhnya
Setelah perancang telah ditatapkan, organisasi akan merubah beberapa kelayakan-kelayakan yang perlu ada bagi para pekerja untuk berkhidmat di luar Negara. Latihan akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan, untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang kualiti.
Fasa 3 : Pengukuhan
Perubahan pengenalan distabil dan diinstitusikan
Gelagat-gelagat baru diperkukuhkan
Penilian atau maklumbalas dibuat
Pengubahsuian dibuat





Segala perancangan dan perubahan akan diwartakan. Ini membolehkan gelagat-gelagat baru diperkukuhkan. Para pekerja akan merasa teruja dengan perubahan yang dilakukan. Oerganisasi akan membuat penilian dan maklumbalas terhadap para pekerja.

HALANGAN -HALANGAN KEPADA PERUBAHAN ORGANISASI

Didalam menuju perubahan organisasi , terdapat 2 halangan yang menjadi halangan kepada organisasi iaitu:
a   Halangan Individu
b  Halangan Organisasi
Halangan Individu
Halangan ini berkaitan dengan para pekerja di organisasi. Bagaimana tanggapan mereka terhadap perubahan ini. Perhubungan antara para pekerja akan menimbukan konflik. Kerena persaingan akan berlaku bagi merebut peluang yang ditawarkan. Dan begitu juga dengan pemahaman mereka terhadap perubahan yang akan berlaku tersebut.

Halangan Organisasi
Halangan organisasi ini merujuk kepada imbuhan ganjaran yang akan ataupun sudah diberikan kepada para pekerja. adakah mereka berpuas hati dengan ganjaran tersebut. Adakah ganjaran yang mereka bakal dapat itu setimpal dengan hasil usaha mereka. Latihan yang mereka terima, adakah latihan ini bersesuaian dengan kebolehan mereka, dan adakah dapat meningkatkan kemahiran mereka. 


Strategi Untuk Perubahan
Bagi melakukan sesuatu perubahan strategi-strategi perlu dirancang. Terdapat tiga cara iaitu:
Perubahan Didalam Struktur Organisasi
Perubahan didalam struktur kerja perlu dilakukan. Struktur organisasi yang dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Pembentukan struktur organisasi dapat mengalakan peryertaan para perkerja yang berkemahiran serta dapat meningkatkan prestasi organisasi. Struktur organisasi yang jelas dan sesuai akan membolehkan tugas dan tanggung jawab dapat difahami dengan mudah disamping dapat memberi faedah kepada keberkesanan dan kecekapan pengurusanya. Ia juga menyumbang kejayaan organisasi. Struktur organisasi tersebut akan menjadi garis panduan sebelum sesuatu tindakan perlaksanaan dilakukan. Ini memandangkan ia boleh dijalankan dimana-mana bahagian  dalam organisasi, iaitu samada dalam bahagian organisasi iaitu samada diperingkat strategic, pertengahan mahupun operasi.
Perubahan Dalam Teknologi Organisasi
Pekerja yang kurang mahir akan dipertingkatkan kemahiran mereka. Teknik bantuan akan diberikan bagi mengubah teknik membuat kerja yang lama, yang mungkin kurang efektif. Mereka juga akan dilatih ataupun diberikan kursus jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran mereka. Alatan yang kurang sesuai akan ditukar kepada yang lebih berteknologi. Keadan ini membolehkan para pekerja dapat mengadaptasikan teknologi tekini  di tempat kerja. Mesin-mesin pemotong akan ditukar kepada yang berteknologi robotic, supaya peningkatan pengeluran dapat dilakukan. Proses kerja yang dilakukan secara manual akan ditukar secara automatic, bagi melancarkan pergerakan. Perisian-perisain computer akan di upgradekan bagi perisain rekabentuk, ini membolehkan menepati kehendak semasa
Perubahan Pekerja
Peningkatan kemahiran pekerja kepada yang lebih mahir. Kursus jangka pendek mahu pun panjang perlu diberikan kepada para pekerja. Sikap pekerja perlu diubah bagi mendapatkan produktiviti yang lebih tinggi terhadap kerja mereka. Jabatan HR memain peranan penting didalam meningkatkan motivasi pekerja. Komunikasi antara pekerja perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan konflik yang berlaku di tempat kerja,
Keinginan untuk berubah
Pekerja yang kurang berkemahiran akan diterapakan kepada meraka bahawa betapa perlunya perubahan untuk menjadi lebih baik dari keadaan asal mereka. Jika mereka di keadaan asal timbulnya ketidak puasan terhadap rakan sekerja mahupun organisasi. Sikap ini harus dikikis terhadap para pekerja.
Menyahbekukan
Pemikiran Pekerja akan diganggu supaya mereka dapat dimotivasikan dengan corak tingkah laku yang baru.keadaan ini dapat menaikan tekanan untuk berubah dan dapat mengurangkan ancaman. Para pekerja akan saling bergantung antara satu sama lain bagi memotivasikan diri mereka.
Perubahan
Tingkahlaku yang baru akan diperaktikan oleh para pekerja. Mereka akan mempelajari antara satu sama lain sikap baru tersebut dan akan membuat perbandingan antara satu sama lain. Taingkah laku yang baru ini akan dapat dipraktikkan dalam keadaan yang diperlukan
Beku semula
Sikap yang baru ini apabila telah sebati dan boleh diterima oleh para pekerja, ia akan menjadi satu personality bagi para pekerja. penyelesaian masalah akan senang di selesaikan. Matlamat-matlamat perubahan dapat dicapai.
Latihan Pembangunan 
     Latihan pembangunan adalah memberi manusia kemahiran yang akan membolehkan mereka membangun atau mengembangkan potensi mereka sepenuhnya dan membuat sumbangan yang maksima kepada organisasi, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa hadapan. Memberi latihan atau tidak, bukan lagi merupkan satu pertanyaan yang memerlukan jawapan. Perubahan yang pesat oleh dunia diikuti dengan perubahan sosial, politik, ekonomi dan teknologi memeberi kesan kepada perjalanan organisasi  Oleh yang demikian pelu melakukan perubahan dan pengubuahsuaian organisasi secara luaran dan dalaman. bagi menghadapi cabaran akibat perubahan yang berlaku ini, latihan pembangunan merupkan satu alat yang penting. Latihan pembangunan dapat dilihat sebagai satu aktiviti yang boleh membantu organisasi bagi menghadapi cabaran yang akan datang.
      Pelanggang bermutu ting masa kini menuntut perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Organisasi akan mengunakan latihan yang berinovatif dan memperkenalkan amalan-amalan baru, akan dilihat sebagai lebih berpotensi dan kukuh dari segi kewangan berbanding dengan organisasi yang lain. Seorang pekerja harus mempunyai pemahaman dan pengetahuan bagi membolehkanya memantau dan memperbaiki kualiti perkhidmatan dan produk. Pekerja akan mampu membuat demikian, jika ada amalan dan latihan pembangunan didalam organisasi. Ianya bukan sekadar merekabentuk program, bahkan sebahagian sumber manusia, pengerusi latihan dan juru latih haruslah berkeupayaan untuk mendorong pekerja belajar, menimba ilmu pengatahuan dan berkongsi pengatahuan tersebut bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
Objektif Latihan Dan Pembangunan
Organisasi terdiri daripada pekerja dan melaluai usaha mereka sendiri, organisasi boleh mencapai objektif dengan jayanya. Objektif organisasi boleh terdiri daripada pengeluaran barangan kepada memberi perkhidmatan. Oleh yang demikian, latihan dan pembangunan memberi sumbangan kepada kejayaan dan membolehkan pekerja untuk :
-          Mengembangkan sikap yang sihat dan sempurna. Pgrom latihan dan organisasi  adalah bertujuan membentuk sikap pekerja supaya menyokong aktiviti-aktiviti terancang organisasi dan untuk memperolihi kebih kerjasama dan komitmen serta kesetian terhadap Organisasi
-          Menambah keyakinan dan moral pekerja. Dengan bertambahnya pengatahuan dan kemahiran yang telah diberikan, pekerja akan menghadapi kerjanya dengan penuh keyakinan dan kepastian. Kepercayaan kepada diri sendiri secara langsung akan meningkatkan kemahiran yang berlipat kali ganda.
-          Mewujudkan hubungan kukuh antara pekerja dengan kejayanya
-          Meningkatkan kemahiran dan mengurangkan fenomena keusangan. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja tidak static. Mereka perlu mengemaskini kemahiran dengan mempelajari perkara baru supaya mereka boleh meningkatkan keberkesanan bekerja.
-          Menyediankan pekerja kepada tugasan pada masa hadapan. Memberi peluang untuk meningkatkan kedudukan didalam hiraki organisasi atau lebih terlatih serta beralih kepada tugasan yang akan mendapat kenaikan pangkat.
-          Memperbaiki prestasi pekerja dan seterusnya memperbaiki prestasi organisasi. Cara yang kos-efective dan efisian dalam menjalankan sesuatu tugasan atau perkerjaan dipelajari oleh pekerja semasa latihan. Ini membolehkan produktiviti bertambah dan lebih berkualiti. Kerativiti dan insiatif dikalangan pekerja juga akan digalakkan.

Pemimpin
      Pemimpin dan kepimpinan tidak dapat dipsahkan daripada struktur organisasi. Ia merujuk kepada factor kemanusian yang menyatupadukan sesuatu kumpulan dan motivasikan kearah pencapaian objektif. Setiap organisasi memerlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar boleh memimpin orang bawahan mereka. Kepimpinan berlaku apabila sesorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Ia juga terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan dimana wujudnya seorang pengurus yang berkesan didalam suatu sistem pengurusan yang cekap, disitu juga terdapat seorang pemimpin yang berkesan. 
Ciri-Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Yang Sesuai Untuk Perubahan Organisasi 
- Mempunyai pengatahuan yang luas, semakin tinggi kedudkan sesorang dalam hiraki kepimpinan organisasi ia semakin dituntut untuk mampu berfikir dan bertindak secara rasional
- Berkemampuan Berkembang
- Mempunyai sikap yang rasa ingin tahu, merupakan satu sikap yang mencerminkan dua hala.
- Daya ingatan yang kuat, pemimpin harus mempunyai daya ingatan yang kuat dan mempunyai kemampuan intelaktual yang tinggi
- Keterampilan berkomunikasi secara efektif, fungsi komunikasi didalam organisasi antara lain: memotivasikan, ekpresi emosi, penyampian informasi, dan juga fungi pengawasan.
- Berkemampuan membezakan hal yang penting dan patut didahulukan.
- Menjadi pendengar yang baik
- ketegasan
- Keberanian
-Mampu bertindak secara objektif, kerana kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kemampuan pemimpin bertindak secara objektif

Kesimpulan
Mengapa organisasi perlu perubahan? Perubahan amat penting didalam mana-mana organisasi dan kepentingan peranan ini dijangka akan meningkat pada masa akan datang. Jika berlaku kemerosotan ekonomi perubahan perlu dilakukan. Pelbagai faktor memainkan peranan penting didalam perubahan ini. Yang paling ketara adalah latihan pembangunan organisasi. Keadaan ini membawa impak yang besar kepada organisasi. Kerana ia boleh mempertingkatkan kemahiran bahkan kerjaya seseorang pekerja didalam organisasi. Organisasi berubah bukan hanya ketika ada masalah, tetapi kita harus sentiasa mengadaptasi dengan perubahan sekeliling agar organisasi terus mantap. Didalam mengurus perubahan organisasi Organisasi, pemimpin haruslah menjadi pemikir, pelaksana dan penilai kepada perubahan itu serta sedia mengambil kira faktor-faktor seperti jangkaan keperluan dan tuntutan daripada para pekerjadan bukan merancang dari aspek strategic, teknikal dan pulangan material semata-mata. Kepimpinan organisasi Organisasi menjadi faktor yang penting dalam mengurus perubahan dan turut diberikan keperihatinan yang utama kerana ada antara perubahan yang mereka lakukan sering menemuai kegagalan. Dalam banyak keadaan perubahan yang diperkenalkan bukan setakat tidak berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan tetapi harus berhadapan dengan permasalahan baru sedangkan permasalahan lama tidak berjaya dibendung. Keadaan ini berlaku dikatakan kerana pemimpin mengambil tindakan tanpa mengambil kira jangkaan, keperluan dan tuntutan yang berkaitan dan menerima kesan langsung perubahan yang dilakukan.
Pemimpin perlu ingat bahawa mereka tidak boleh secara bersendirian melakukan perubahan sungguhpun mereka berperanan menentukan visi dan misi di sebalik perubahan. Sebaliknya orang bawahanya yang berada dibarisan hadapan lebih mengatahuai keperluan bagi perubahan dan bagaimana hendak berhadapan denganya. Perubahan berkait rapat dengan mengurus perasaan dalam orang bawahnya sendiri. Perubahan terancang antaranya bermaksud perubahan yang drastic, pesat dan melibatkan keseluruhan jentera operasi. Perubahan ini juga merupakan perubahan yang dilaksanakan secara besar-besaran sama ada satu reformarsi, proaktif dan transformasi. Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk menganti, memusnah dan merubah keseluruahan jentera dan pasarana organisasi dan dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan organisasi
Perubahan tidak terancang, antara maksudnya perubahan yang dilakukan bagi memenuhi tuntutan masa dan situasi sebagai reaksi kepada tekanan persekitaran. Perubahan ini tidak dianggap sebagai ancaman kepada kelangsungan organisasi, malah akan lebih memantapkan lagi organisasi dan perubahan ini dikenali sebagai ancaman kepada perubahan membangun yang melibatkan skop yang terhad dan boleh kembali kepada situasi asal jika perubahan yang dilakukan tidak berjaya sebagaimana dirancang. Hal ini adalah kerana perubahan dilakukan dalam kawalan pemimpin.
Pemimpin perlu bersedia untuk menghadapi ketidak pastian bagi menjayakan perubahan, antaranya dengan cara membangkitkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan orang bawahanya terhadap perubahan yang dilakukan. Pemimpin yang berkesan harus menjadi model sebenar sebagai agen perubahan dengan membuktikan perubahan dapat dilakukan. Oleh itu Organisasi harus membuat pilihan sama ada bersedia untuk melakukan perubahan secara teratur dan menghadapi pelbagai kemuningkinan atau menolak perubahan dengan menunggu saat `kematian` organisasi dibawah kepimpinan mereka.

Sumber : Tesis UM( Operation Behavior) Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi – Amalan pengurusan sumber manusia berteraskan kompentasi dan kualiti Perkhidmatan dalam organisasi awam di Malaysia: Kesaling bergantungan tugasan sebagai penyerdahanaan –
En. Raja Rusman Raja Samah– nota kuliah Ob – UM
USAID -Human Resource management rapid Assesment Tool for Public and Private Sector Health Organization . www.msh.org page 2,5,6,7,8,11,15,16,17(date 10/4/2011)
Read more ...

Isnin, 30 Disember 2013

Kutub Menyongsang kenyataan Nasa dan perbanding dengan AL-Quran

           
    Asalamuaikum huhu, kali ini admin juga tertarik dengan ramai orang sebok dok cerita pasal paksi bumi dah nak menyonsang. Hebat diperkatakan seentero blogger dok sebuk bercerita tentang bumi berubah arah. disini admin juga cuba cari perbandingan yang terdapat dalam Al-quran. Ni admin berikan beberapa petikan daripada nasa,
     Artikal ini telah dikeluarkan oleh nasa pada 15 feb 2001, huhu jauh gila masa tu dengan sekarang, yang dok orang perkatakan tu. tapi masalahnya semua tu ada didalam Al-quran, ahli fizik Nasa telah membuktikan kenyataan AL-quran itu benar, tidak kah mereka mendapat peringatan?Tidak kah Mereka takut pada tuhan yang menjadikan sekian Alam ini, 
Petikan daripada nasa yang di alih kepada bahasa melayu, supaya senang di pahami :
      Februari 15, 2001 - Anda tidak boleh memberitahu dengan mencari, tetapi saintis berkata Matahari baru sahaja menjalani perubahan penting . Medan magnet bintang kami telah dibalik .
Kutub magnet utara Matahari , yang di hemisfera utara hanya beberapa bulan lalu, kini menunjukkan selatan. Ia satu keadaan yang kucar -kacir , tetapi tidak ada seorang yang tidak diduga.
"Ini selalu berlaku sekitar masa maksimum solar," kata David Hathaway, seorang ahli fizik solar di Marshall Space Flight Center . " Tempat-tempat pertukaran kutub magnet di puncak kitaran Tompok pd matahari itu. Malah , ia adalah satu petunjuk yang baik bahawa Suria Max adalah benar-benar di sini."
imej langganan
Daftar untuk penghantaran EXPRESS SAINS BERITA
Di atas : kira Sunspot , diplot di sini terhadap imej x -ray Matahari, adalah menghampiri maksimum bagi kitaran solar semasa. [ maklumat lanjut ]
Kutub magnet Matahari akan kekal seperti sekarang , dengan kutub utara magnet menunjuk melalui hemisfera selatan Matahari , sehingga tahun 2012 apabila mereka akan berbalik semula. Peralihan ini berlaku, sebagaimana yang kita tahu, di puncak setiap kitaran Tompok pd matahari 11 tahun - dgn lancar.
Medan magnet Eartha ? ? S juga lambungan, tetapi dengan kurang kekerapan . Kebalikan berturut-turut adalah jarak 5 ribu tahun hingga 50 juta tahun selain. Kebalikan lepas berlaku 740,000 tahun yang lalu. Sesetengah penyelidik berfikir planet kita adalah terlewat untuk satu sama lain, tetapi tiada siapa yang tahu dengan tepat bila pembalikan seterusnya mungkin berlaku.
Walaupun medan magnet solar dan daratan berkelakuan berbeza , mereka mempunyai sesuatu yang sama : bentuk mereka. Semasa minimum solar bidang Matahari , seperti Bumi , menyerupai sebuah magnet bar besi, dengan gelung besar tertutup berhampiran khatulistiwa dan bidang terbuka garisan berhampiran kutub . Ahli-ahli sains memanggil bidang yang seperti " dwikutub . " Bidang dipol Matahari adalah sebagai kuat sebagai magnet peti sejuk, atau 50 gauss (satu unit keamatan magnetik). Medan magnet bumi adalah 100 kali lebih lemah .
Di bawah: medan
Read more ...

Ahad, 29 Disember 2013

PESTEL analisis



Asalamualikum semu, bertemu kembali di erana blogging ye huhu, kali ini admin nak ceritakan pasal PESTEL analisis yang admin juga buat tajuk untuk assigment MBA admin, tempoh hari , sebab minggiu depan dah nak start klass dah , dah tak boleh tulis blogg, so kese,patan ini admin buat satu entri untuk peminat blog Kainkanpanku ini. Ini satu lagi analisis yang boleh diguna pakai untuk anda semua yang sedang menjalankan perniagaan bagi mencari kelemahan dan faktor-faktor kelemahan perniagaan anda , ma;ah boleh ,menjadi satu cara untuk meningkatkan perniagan anda. Tajuk ni admin ambil sebab dok semua soklan semua guna PESTEL analisis ni, admin x nak guna assignment admin sebab dalam bahasa Ingeris, so admin adaptasikan sedikit perubahan dan juga gaya penyampaian yang berhemah huhuhu



Read more ...

Ahad, 22 Disember 2013

Nabi Nuh (zaman teknologi yang dirahsiakan)



                     

       Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
                          Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Read more ...

DAJJAL AL-MASIH, UJIAN UMAT AKHIR ZAMAN

             
ASAL-USUL
        Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti. Dajjal ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

SIFAT FIZIKALNYA
         Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kanan, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
LOKASINYA
           Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
RIWAYATNYA
          Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
       Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
     Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
DOKTRIN AD-DAJJAL
        Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit  supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
     “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: ”Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”
“Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta  dari keburukan fitnah Dajjal.” doanya seperti berikut :

Read more ...