In this case study is associated with
the smell of cigarettes in the workplace in a firm Redwood Associates, the
complaint is Darlene Lambert. Darlene complained to his supervisor Charles
Renford , associated with the smell of cigarettes in the file room at their
firm . Darlene is not satisfied with the condition the cigarette smell epoch in
the file room and was disappointed with the employees who work there because of
the smoke in there. Darlene decided to take a stand and inform Renfold that he
refused to work in the file room . This is in danger due to report immediately.
In the four questions below I will try to explain the situation and also
policies on smokers . I will also explain how the absence of cigarette smoke,
but replaced with body odor and perfume from Fank and Alice . I will try to
resolve fairly the rights of smokers and non- smokers . And also explain how
the firm should or should not hire people who smoke . Although in principle the
firm can provide a smoking area.
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Jumaat, 30 Mei 2014
Selasa, 20 Mei 2014
Lagi Pendapat Tun Mahathir tentang MH370
Assalamuaikum, kali ini admin nak post apa yang di ceritakan oleh Tun Mahathir tentang MH370 . artikel di tulis didalam bahasa inggeris , jadi admin tukar ke bahasa Malayasia untuk senang bagi orang paham
BOEING
TECHNOLOGY – WHAT GOES UP MUST COME DOWN/apa yang naik pasti akan turun
Ahad, 19 Januari 2014
TEKANAN / STRESS
DEFINASI TEKANAN /STRESS
Tekanan melibatkan penggunaan semua
sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.
Sukar menyesuaikan diri dengan keadaan
dan memerlukan usaha yang lebih baik untuk mencapai keseimbangan dalam diri
dengan alam sekitar.
Ketidak upayaan memenuhi tuntutan persekitaran , ganguan fungsi kehidupan, perubahan dinamik yang
menyebabkan individu berdepan masalah, kekanggan dan desakan hidup, peristiwa atau keadaan persekitaran yang
mendatangkan akibat yang
negatif
FAKTOR-FAKTOR TEKANAN
FAKTOR
|
TEKANAN
|
REAKSI
|
FAKTOR DIRI
|
Konflik dengan rakan
sekerja, pekerjaan, pihak atasan, Hubungan tidak baik
|
Dendam, iri hati,
rasa bersalah
|
FAKTOR ORGANISASI
|
Kesuntukan masa kerja, beban kerja,
perbezaan persedian tugas dengan ketepan tugas, kebosanan, rasa idea sendiri
betul, selalu salahkan orang lain etc
|
Bosan kerja, Mengasingkan diri, Malas
ke tempat kerja, rasa pekerjaan tidak
sesuai
|
FAKTOR KEKURANGAN SUMBER
|
Peraturan dan polisi
material, kewangan yang tidak menentu
|
Keinginan tidak
tercapai, marah
|
FAKTOR LUARAN
|
Bunyi bising, Alam pekerjaan, suhu
persekitaran
|
Ketidak selesaan, kelesuan
|
CONTOH TEKAN DI TEMPAT KERJA
JENIS JENIS TEKANAN
TEKANAN DI TEMPAT KERJA
PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA:
•BEBANAN
KERJA DAN TUNTUTAN KERJA DARI MAJIKAN
CARA MENGATASI DAN MENGURANGKAN TEKANAN
Rabu, 15 Januari 2014
Gambar Yang Menarik
Umbrella Frog
Cat in twist
I am Falamingo
A family of squirrel
Lady Brid in action
No wonder
azazil hidden
Hanging a moon
My eye not belong to you
Mineral water fall
A pair of wings
Eagle man
Big and small
Selasa, 14 Januari 2014
Ayat Seribu Dinar
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lutdengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Isnin, 13 Januari 2014
Ayat Pembatal Sihir
Ahad, 12 Januari 2014
Rabu, 8 Januari 2014
Peristiwa Besar Menjelang Kiamat Kubra
Asalamualaikum kali ini admin nak ceritakan ringkasa dari buku Sepuluh Peristiwa Besar Menjelang Kiamat Kubra (Tulisan penulis Drs. Arsikum Almasyhudi) . Admin ambil ringkasan daripada buku ini supaya admin tidak memberi slah tafsir dai segi pemahaman diri admin tentang tanda-tanda kiamat ni, so baca dan fahami ye dari ringkasan buku yang admin baca ni
Sepuluh peristiwa besar menjelang Kiamat Kubra adalah kepercayaan peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat. Kepercayaan didalam islam menurut ilmu Usuludin adalah disebut dengan Itiqad.
Kiamat pasti akan terjadi, tiada keraguan lagi padanya.
Firman Allah :
Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang dan tidak akan diragukan. Dan bahawasnya Allah akan membangkitkan semua orang yang didalam kubur. (surah al-haj :7)
Kejadian hari kiamat terdapat didalam rukum iman yang wajib kita percaya
1- Percaya adanya ALLAH
2- Percaya kepada adanya malaikat-malaikat ALLAH
3- Percaya kepada kitab-kitab ALLAH
4- Percaya kepada para rasul
5- Percaya kepada datang nya hari KIAMAT
6- Percaya kepada Qado dan Qadar
Dahsyatnya hari kiamat seperti yag diterangkan didalam ayat al-quran
Firman ALLAH:
Hai semua manusia bertakwalah kepada tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sesuatu yang amat dahsyat dan mengerikan.
Pada saat terjadinya, kamu akan melihat wanita yang sedang menyusuai akan lupa terhadap bayi nya, dan wanita yang sedang hamil akan gugur kandungannya, juga akan melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak minum khamer (MINUMAN KERAS) yang memabukkan, tetapi sangat kerasnya siksa ALLAH ( surah al-haj : 1-2)
Tedapat 2 jenis kiamat
1- Kiamat Sugra
2- kiamat Qubra
Apa yang admin nak ceritakan disini adalah tentang tanda-tanda besar kiamat, mengikut buku yang ditulis oleh Drs Arsikum Almasyudi didalam buku karangan beliau iaitu Sepuluh tanda besar kiamat qubra adalah:
1 - Munculnya Dajjal Al-masih
Kemunculan dajjal -al masih telah diterangkan dalam post yang sebelum ini. Dajjal merupakan seorang lelaki yang mengaku Nabi dan kemudianya menjadikan diri nya tuhan. Keterangan mengenai dajal boleh dibaca didalam post yang sebelum ini , boleh klik disini untuk membaca tentang Dajjal--> http://www.kainkapanku.blogspot.com/2013/12/dajjal-al-masih-ujian-umat-akhir-zaman.html
2- Munculnya Iman Mahdi
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasullullah S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.
Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:
Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji
Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.
Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.
Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.
Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.
Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang namanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
- Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)
3- Turunya Nabi Isa A.s
Turunnya Nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama ,baginda akan bekerjasama dengan Imam Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)