zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: STRATEGI PERNIAGAAN : 5 STRATEGI KOMPETITIF GENERIK google0d30047a50102498.html

Jumaat, 22 November 2013

STRATEGI PERNIAGAAN : 5 STRATEGI KOMPETITIF GENERIK

         


     ASSALAMUALIKUM, POST kali ini admin nak bercerita sikit tentang stategi perniagaan. Tahukah anda terdapat pelbagai teori yang ada untuk melakukan strategi perniagaan yang tertentu? Bagi mereka yang berkesempatan untuk mendalami ilmu di menara gading pasti tahu sedikit sebanyak tentang strategi ini, Bagiu mereka yang tidak berkesempatan dan ingin mencari apakah strategi yang perlu ada. Ha ni masanya admin berkongsi dengan anda beberapa teori yang paling terkenal dimana mana penceramah selalu menyatakan.

                Memilih strategi yang terbaik merupakan satu usaha yang paling sukar sekiranya sesebuah syarikat tidak membuat analisis yang baik sebagaimana untuk menjalankan syarikat mereka.Analisis luaran dan analisis dalaman mestilah tepat dan menepati objektif analisis. Sebelum ini admain ada menerangkan dalam post sebelum ini mengenai SWOT analisis. Uh sekrang ni tegah rajin menulis blog huhuhu.

           Selepas analisis dilakukan, pemilihan strategi yang bersusai dengan strategi yang dilakukan. Strategi bolehh di emplementasikan di dua peringkat, iaitu peringkat koprat dan peringkat Perniagaan. Perlaksanaan dan penyesuain dilakukan dalam salah satu peringkat atau kedua-duanya. ini terpulang kepada hasil analisis yang telah dilakukan. Peringkat yang dimaksudkan adalah seperti berikut dan setiap peringkat mempunyai sub peringkat sebagai kompenan.

1) Peringkat Koprat ( Corporate level)
a) Peringkat pengurusan koprat ( Corporate Managerial Level)
2) Peringkat Perniagaan ( Business level)
a)Peringkat pengurusan pernigaan ( Business Managerial level)
b) Peringkat Fungsional ( Functional Managerial level)
c) Peringkat Pengurusan Operasi  (Operational Managerial level)
Apa yang akan kita bincangkan adalah strategi peringkat perniagaan

STRATEGI PERINGKAT PERNIAGAAN
         Strategi peringkat perniagaan juga dikenali sebagai peringkat kompetatif. ini disebabkan syarukat terpaksa bersaing dengan pesaing secara kompetatif seperti menurun harga yang rendah atau mengambil sesuatu tindakan yang lebih kompetatif apabila pesaing menurunkan harga produk. terdapat beberapa strategi yang mana ia telah dikumpulkan didalam StrategiLima Kompetitif Generik inilah stretegi penting yang akan kita bincangkan nanti. Jadi jangan kemana-mana teruskan membaca ye
Ini merupakan salah satu strategi yang popular. Foktor utama dalam memilih strategi ini ialah melihat dari sudut :
a) Pasaran syarikat : Luas atau Sempit
b) Daya bersaing syarikat : Harga rendah atau produk kelainan atau banyak pilihan.

          Dengan mewujudkan kombinasi daya saing, sesebuah syarikat akan berupaya menjadi kompetatif dalam sesuatu pasaran dan upaya bersaing dalam pasaran tersebut. Bagi mewujudkan daya saing inilah sesebuah syarikat boleh menggunakan  Strategi Lima Kompetatif Generik. dalam rajag dibawah menjelaskan pilihan-pilhan tersebut




Pilihan -pilhan tersebut :
a) strategi kos rendah (low cost provider strategy)
b) strategi pembezaan luas ( broad differentiation strategy)
c) strategi kos terbaik ( best cost provider strategy)
d) strategi kos rendah terfokus ( focus low cost strategy)
e) strategi fokus (focus differentiation strategy)

STRATEGI KOS TERENDAH
Syarikat menawarkan harga produk samaada barangan atau perkhidmatan yang terendah dalam industri. Oleh itu tidak ada syaruikat lain akan atau berupaya menawar harga serendah seperti syarikat itu tawarkan. Harga syarikat mestilah rendah dan bukan yang hampir sama dengan pesaing lain tetapi jauh lebih rendah dari aras pesaing.

Bagaimana untuk mencapainya
Untuk mencapai tahap ini syarikat atau organisasi hendaklah:
a) Mengawal kos-kos utama seperti:
- Skala pengeluaran ( economic of scale)
- Graf kadar pembelajaran (learning curve)
- Sumber-sumber utama ( key resource inputs)
- Nilai rantai industri ( industry vaue chain)
- Membahagi peluang kepada unit-unit lain dalam organisasi
- Melihat kepada kelebihan intergrasi atau Outsourcing
- Kebaikan dan keburukan menjadi pengerak pertama
- Kadar menguna keupayaan yang maksimum
- Pilihan strategi dan keputusan dalam operasi
b) Menilai kembali rantai nilai syarikat
Salah satu cara yang amat berkesan untuk mencapau strategi kos terendah ialah menilai kembali nilai rantai untuk mencapai kos yang lebih rendah dalam operasi serta pengeluaran bagi mengikis semua kos-kos yang tidak perlu atau yang boleh dikurangkan.  ini dapat dicapai dengan mengunakan inovasi. BOS atau Strategi Laut biru  (Blue Ocean Strategy), ER2C - iaitu apa yang perlu dibuang. Kurangkan, naikkan dan wujudkan (Eliminate, Reduce, Raise anda Create) diaman kanvas strategi digunakan untuk melukis carta kedudukan syarikat dalam penawaran perkhidmatan berbanding dengan pesaing lain. 

STRATEGI PEMBEZAAN LUAS

Strategi ini dialkukan dimana syarikat hendaklah mempastikan bahawa produk mereka samaada barangan atau perkhidmatan adalah berlainan dari pesaing-pesaing dalam industri.

Bagaimana untuk mencapainya:
a) mempastikan ciri-ciri produk adalah rendah kos pengeluaranya walau meneoati kehendak pelanggan
b) meningkat keuoyaan kelebihan produk
c) memenuhi kehendak pelanggan terhadao produk

STRATEGI KOS TERBAIK

Dalam melaksankan strategi ini syarikat hendaklah menwarkan barangan yang lebih nilai membeli kepada pelanggan pada harga yang lebih rendah daripada pesaing-pesaing lain dalam industri. Ini tidak bermakna inya akan menjadi produk yang terendah harganya dalam pasaran.

Bagaimana hendak mencapainya : 
a) Memberi pelanggan lebih nilai membeli 
b) membina sumber syarikat untuk mencapai tahap diaatas

STRATEGI FOKUS (PASARAN KHAS) BERDASARKAN KOS RENDAH

              Dalam strategi ini syarikat memberi konsentrasi untuk beberapa segemen pasaran sahaja pada kadar kos yag lebih murah dari pesaing. ini hanya dapat dicapai sekiranya syarikat berupaya menawarkan produk dengan kos rendah secara signifikan atau jenis seperti terendah dari orang lain.

Bagaimana untuk mencapainya:
a) Memperbaiki rantai nilai sama ada dalam segi proses dan kos 
b) Memasuki idea-idea inovatif dalam operasi dan pengeluaran 

STRATEGI FOKUS (PASARAN KHAS) BEDASARKAN KELIANAN

           Ini bermakna syarikat hanya memberikan konsentrasi terhadap ciri-ciri produk atau perkhidmatan berbanding dengan pesaing-pesaing lain dalam industri.

Bagaimana untuk mencapainya :
a) Segmen pembeli atau pelanggan mestilah jelas kepada syarikat tentang apakah yang mereka mahu, ingin       lihat tentang ciri-ciri kelainan produk.

Sumber : tesis Um , penyelarasan dan perlaksanan strategi - En zul UM




Tiada ulasan: