zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Hukum Termodinamik Didalam Al-Qurangoogle0d30047a50102498.html

Jumaat, 9 Mac 2012

Hukum Termodinamik Didalam Al-Quran



Hukum Termodinamik 

Termodinamik ( Bahsa Greek : thermos bermaksud HABA dan dynamis bermaksud KUASA) ialah satu cabang fizik yang mengkaji kesan-kesan perubahan suhu, tekanan dan isi padu terhadap sistem-sistem pada skala makroskopik. Kajian ini dibuat melaluai analisis statik terhadap gerakan kolektif zarah-zarahnya.

Secara amnya, haba bermaksud tenaga dalam peralihan dan dinamik adalah berkaitan dengan pergerakan oleh itu, termodinamik sebenar mengkaji pergerakan tenaga dan bagaimana tenaga menyebabkan pergerakan. Dari segi sejarah, termodinamik berkembang daripada keperluan untuk meningkat kecekapan enjin-enjin stim pada peringkat awal.

Titik permulaan untuk kebanyakan pertimbangan termodinamik ialah hukum termodinamik yang mempostulatkan bahawa tenaga boleh saling bertukar antara sistem-sistem fizikal sebagai haba atau kerja. Ahli sains ketika itu juga mempostulatkan kewujudan entropi yang boleh ditakrifkan bagi mana-mana satu sistem



Termodinamik mengkaji dan mengkatagorikan interaksi antara kumpulan-kumpulan besar objek. Asas Termodinamik terdiri daripada konsep-konsep sistem dan persekitaran. Sebuah sistem terdiri daripada zarah-zarah, manakala pergerakan purata zarah-zarah mentakrifkan sifat sistem itu. Sifat-sifatnya pula berkaitan antara satu sama lain melalaui persaman-persamaan keadaan. Sifat-sifat ini digabungkan untuk mengungkapkan tenaga dalaman, semntara, keupayaan termodinamik amat berguna untuk menentukan keadaan-keadaan untuk keseimbangan serta proses-proses spontan.

Dengan alat-alat ini termodinamik menguhuraikan bagaimana sistem-sistem bertindak terhadap perubahan-perubahan didalam persekitaran. Ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai topik sains dan kejuruteraan, umpamnya enjin, peralihan fasa, tindak balas kimia, fenomena angkutan, serta luhung hitam. Hasil-hasil termodinamik juga amat penting untuk bidang-bidang fizik yang lain, serta untuk kimia, kejuruteraan kimia, biologi sel, kejuruteraan bioperubatan dan sains bahan

Hukum Termodinamik menyatakan : " Bahawa tenaga tidak boleh termusnah atau tercipta tetapi hanya boleh berubah daripada saty bentuk kepada satu bentuk tenaga yang lain : ( seperti yg dinyatakan ahli fizik barat)

Hukum Termodinamaik Pertama menjelaskan bahawa :" Pertambahan atau pengurangan Tenaga Dalaman dalam sesebuah Sistem adalah bersamaan dengan Tenaga Luarab yang ditambah kepada sesebuah sistem, ditolak kehilangan tenaga dari satu sistem akibat kerja yang dilakukan terhadap persekitaran :( seperti yang dinyatakan oleh ahli fizik barat)

Atau secara formulanya : dU = δQ - δW
dimana  dU adalah perubahan tenaga yang berlaku di dalam tenaga dalaman sesebuah sistem.
             δQ  adalah tenaga haba luaran yang ditambah kepada sistem, manakala
             δW adalah jumlah kerja yang dilakukan oleh sesebuah sistem


Hukum Pertama Termodinamik
Merujuk kepada proses dimana haba dan kerja boleh dibezakan dan diukurkan. Ianya sering digamabrkan melalui kenyataan bahwa dalam proses termodinamik peningkatan dalam tenaga dalaman sesuatu sistem menyamai dengan peningkatan haba yang dibekalkan kepada sistem, tolak peningkatan kerja yang dilakukan oleh sistem pada persekitaranya . Hukum Termodinamik Mematuhi perinsip keabadian tenaga. Tenaga boleh berubah, contoh bertukar dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, tetapi tidak boleh diciptakan dan dimusnakkan. hukum ini juga menerangkan hubungan antara haba, Q dan kerja , W

Q=W

Hukum kedua Termodinamik
Hukum kedua Termodinamik menyatakan bahawa walaupun jumlah perpindahan haba keatas sistem yang mengalami satu kitar , bersamaan satu kerja bersih, tetapi haba kasar iaitu haba yang dibekalkan kepada sistem mestilah melebihi kerja bersih itu
Persamanya adalah :
Qkasar >Wbersih
Qbekalan
Qpanas
ini bermakna tidak kesemua haba yang dibekalkan kepada sistem dapat ditukarkan kepada kerja. Terdapat sebahagian haba yang perlu disingkirkan oleh sistem untuk beroperasi. Secara umunya Hukum kedua ini bagi menghasilkan sejumlah kerja dari haba yang dibekalkan , sistem perlu mengyinkirkan sejumlah haba ke persekitaran

Hukum Termodinamik yang paling asas di alam semasta ini ialah Hukum Kedua Termodinamik. Ia  menyatakan bahawa sebagai masa berlalu, entopi dalam persekitaran akan meningkat.Didalam  Evolusi Dunia terdapat yang berhujah terhadap hukum-hukum yang diterima oleh mana-mana manusia. Evolusi ini menyatakan bahawa kita memulakan sesuatu dengan mudah tetapi hasilnya sungguh komplek. itu adalh mustahil, melaikan terdapat sumber tenaga yang teramat besar yang membekalkan ke bumi dengan membekalkan jumlah tenaga yang amat besar. Jika terdapat sumber yang besar para saintis pasti tahu mengenainya - kata Awesomestnerd (ahli sains barat). 

Tidak keh mereka tahu orang -orang sainstif barat ini bahawa sumber yang paling besar adalah ALLAH .

kedua-dua pernyataan diatas amatlah penting dan telah terbukti dalam kajian termodinamik, lalu telah dijadikan hukum-hukum. Hukum dalam sains ialah sesuatu yang sahih dan muktamad.
Bagi membuktikan bahawa Hukum termodinamik terdapat didalam Al-quran saya telah mengambil contoh Bumi. Keadaan Bumi yang cenderong kepada kelemahannya.
Saya andaikan bahawa :


Bagi membuktikan Bumi semakin Lemah, saya andiakan bahawa,
1) Bumi sebagai suatu sistem yang bertenaga dalaman
2) Sinar matahari sebagai tenaga luaran yang ditambah kepada bumi
     Aktiviti manusia menggunakan tenaga dalaman untuk menghasilkan kerja
3) Ruang angkasa lepas sebagai persekitaran

Bumi tanpa manusia adala suatu sistem yang stabil yang wujud dalam keseimbangan. Pertambahan populasi manusia telah mengiatkan perindustrian dan penggunaan bahanapi sdari sumber alam untuk melakukan kerja.Secara sedar, manusia menyumbang kepada kerosakkan bumi seperti firman Allah:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." Mereka berkata:" Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan melakukan kerosakkan padanya dan menumpah darah, padahal kami senangtiasa bertasbih dengan memujimu  dengan menyusikan Engkau?". Tuhan berfirman" Sesungguhnya aku mengatahuai apa yang tidak kamu ketahuai." (surah Al- Baqorah 2:30)


Walaupun tuhan telah menjadikan nikmat di muka bumi untuk dimanfaatkan oleh manusia, manusia lalai untuk bersyukur atas nikmat kejadian dengan tidak melakukan pemuliharaan terhadap kemusnahan alam
Allah berfirman yang membawa maksud:
" Dan dialah yang menurukan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yag menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kamu keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikan lah buahnya di waktu pohonya berbuah, (perhatikan pulalah) kematanganya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasan Allah) bagi orang yang beriman"
(surah Al-An`aam 6:99)

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanam-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur" 
(surah Al-A`Raf 7:58:


Bahan apa dari sumber alam yang telah diteroka secara meluasnya untuk melakukan kerja ialah :
-Pertoluem yang menjana kenderaan, janakuasa elektrik dana jentera idustri
-Arang Batu yang menghidupkan janakuasa elektrik
-Logam radioaktif (cth: plutonium, radium dan uranium) yang dapat menghidupkan jana kuasa nuklear

Ketiga-tiga sumber diatas mengandungi tenaga kimia yang kemdianya ditukar bentuk (oleh aktiviti manusia) untuk melakukan kerja dan sebahagian besarnya dibazirkan kepada tenaga haba dan tenaga cahaya kerana pertukaran tenaga tidak berlaku secara sempurna. Misalnya, tenaga kimia dari petrol yang dibakar (tenaga haba) oleh enjin kereta akan dibazirkan sebagai pelepasan gas ekzos dan kepanasan enjin. Janakuasa arang batu TNB akan membazirkan haba ketika menjana elektrik di rumah kita.
Tenaga haba dan cahaya yang dibazirkan sewaktu kerja terlaksana akan dipancarkan keluar dari bumi secara radiasi dan cahaya ke ruang angkasa lepas. Sepatutnya radiasi mengeluarkan tenaga haba dan cahaya dari bumi akan menyejukkan suhu muka bumi sementara tenaga cahaya dan haba yang diserap oleh bumi dari matahari pula akan memanaskan bumi disamaping menghidukan manusia, haiwan dan tumbuhan (pengantian tenaga kimia). Keadaan normal dari kesan penyejuukan dan pemanasan in mewujudkan keadaan keseimbangan tenaga bumi. Suhu muka bumi juga seimbang.
Ketidakseimbangan tenaga dan suhu bumi berlaku apabila: tenaga yang diserap dari sinar matahari melebihi kepada tenaga yang dipancarkan keluar dari bumi. Keadaan ini di panggil Greenhouse atau pun pemanasan global di mana suhu muka bumi menjadi panas.

Keadaan ini berlaku bila bahan cemar dari pelepasan partikal karbon hitam serta karbon dioksida ( dari pembakaran petroluem dan hutan ) dan pelepasan gas metena ( dari pencemaran industri) membentuk suatu lapisan penebat pada atmosfera bumi. Lapisan ini menghalang penemaran keluar haba dan cahaya daripada muka bumi menyebabkan haba panas menyelubungi bumi. Lapisan ini pula menyerap tenaga matahari dengan banyak dan ini mengakibatkan suhu muka bumi bertambah meningkat lagi bila " tenaga haba terperangkap dan ditambah lagi peningkatan serapan tenaga matahari"

Peningkatan haba yang berterusan ini bertambah serius bila suhu air lautan meningkat. Seara fizikalnya bila lautan menjadi panas, ia lambat untuk menyejuk. Maka lapisan ais di kedua belah kutub mencair dan berlakulah peningkatan aras laut.


Kesan penipisan lapisan Ozon akibat penecemaran gas CFC lebih memburukan keadaan. Lapisan Ozon menyerap sinar ultra-ungu (UV) dari sinaran matahari. Lapizan Ozon yang semakin nipis ini akan lebih membenarkansinar UV untuk terus sampai ke bumi.
Tuhan telah menjadikan bumi dan isi cakerawala dan planet-palnet pada kedudukan yang stabil dan seimbang seperti firman tuhan yang bermaksud:
"Dan kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasan Allah) yang terdapat padanya. Dan dialah yang telah meniptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar dari garis edarnya"
(surah Al- Anbuya 21:32-33)

Semakin lama usia bumi, semakin perlahan putaranya pada paksinya. Ini adalah kerana bumi kehilangan tenaga apabila tenaga haba dan cahaya di pencarkan keluar ke angkasa lepas. Tenaga yang hilang itu kebanyakkanya datang dari tenaga kimia dari perut bumi. yang telah ditukar kepada tenaga untuk tenaga kegunaan manusia. Berjuta tan beratnya tenaga kimia dilambong setiap hari. Semakin lama semakin Kurang lah jisim bumi.
Pengurangkan jisim bumi akan mengurangkan kekuatan tolakan magnet kutub utara dan selatan yang membuat berputar pada paksinya. Pengurangan jisim bumi ini juga mengurangjan momentum bumi untuk terus berputar. Putaran bumi yang semakin perlahan akan menyebakan waktu siang dan waktu malam yang lebih lama. Sekiranya waktu siang mencapai 30 jam sehari (sekarang 12 jam) segala air lautan dan tasik akan kering dan seterusnya muka bumi akan terbakar. Selepas bumi terhenti berputar pada paksinya, ia akan cenderung untuk berputar melawan arah selama berapa jam kerana tarikan graviti matahari dan manusia akan melihat matahari terbit dari sebelah barat.
Semakin perlahan putaran bumi akan menbuatkan peredaran bumi semakin perlahan, mengililingi matahari. ini disebabkan tenaga kinetik putara yang menhayun bumi mengedar matahari semakin lemah. Apabila halatuju peredaran bumi mengililingi matahari semain lemah, daya memusat eliptikal yang mengekalkan bumi pada orbit (petala) juga semakin lemah. Bumi akan terkeluar dari orbitnya disebabkan tarikan graviti matahari lalau bergerak kea arah matahari.
Sewaktu ini lah berlaku bumi berpusing seara rawak dan setrusnya bertukar ke fasa gas dan hilang di telan suhu panas sebelum pun sempat menghentam matahari.

Paling menghairakan Saintis Barat tidak percaya kepada Pencipta melaluai Hukum-hukum, mereka terpaksa juga tunduk dengan Tuhan dan Hari kiamat.
Firman Tuhan yang membawa maksud:
" Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak perduli) dan apabila bintang-bintang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dipanaskan" 
(surah At-Takwir 81:1-6)

"(iaitu) pada hari kami gulungkan langit sebagai mengulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya. Itulah suatu janjji yang pasti kami tepati, sesungguhnya kami lah yang akan melaksankanya"
(surah Al-Anbiya 21:104)

"Dan mereka tidak mengagungkan ALLAH dengan pengagungan yang semetinya padahal bumi seluruhnya dalam gengamanya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanannya. Maha suci Tuhan dan Maha Tinggi dia dari apa yang mereke persekutukan. Dan dituiplah sengkakala maka matilah sesiapa yang dilangit dan dibumi kecuali siapa yand dikehendaki ALLAH. kemudian ditiup sengkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masin)
(surah Az-Zumar 39:67-68

(sumber al-quran, perjuagan4ever,wikipidia, fizik untuk saintis dan engineer)
Bersambung pada bahagian 2

Sekadar perkonsian ilmu, share-share lah ye , sedikit ilmu yang dicurah boleh membina sebuah negara yang aman dan kuat :- kainkapanku

2 ulasan:

FaraH FaRzAnA berkata...

subhanaAllah . .
x perasan plak semua nh
bila belajar thermodynamics . .
info yg berguna ! thx ek . .

silvertag berkata...

terima kasih Farah farzana: sesungguhnya apa yang ada di dunia dan akhirat telah di ceritakan oleh allah didalam al-quran, jika diambil air laut menjadi dakwatnya masih tidak cukup,