Assalamuaikum kali ini admin nak cerita sikit pasal MH370, yang sering di perkatakan oleh seluruh pelusuk dunia. Ini rasanya post admin yang ke 4 kot , mengepost pasal MH370 ini. dengan terjadinya insiden ini maka Terkenalah l Keseluruh pelusuk dunia Nama Malaysia. Gah di Pesada Dunia. Malaysia menjadi tempat tumpuan dunia buat seketika
Pelbagai andian dan juga teori telah telah di kemuka kepada awam, yang biasa Admin baca adalah daripada shabat Brado kapak dan juga Cahaya Relung. Syabas di ucapkan kepada Brado kapak yang telah menjai tumpuan sehingga 6 juta pageview,
Sebenarnya kemana menghilangnya MH370 ini? Bak kata Raja Bomoh, Tergantung 3 Negara, mungkin betul, sama dengan yang di katakan oleh Brado Kapak tergantung antara Malaysia, Vietnam, Filipina. Kita tidak boleh menyalahkan mereka didlam membuat teori ini. Ini disebabkan Semua manusia di muka bumi ini terutamnya keluarga mangsa semangnya ingin tahu di manakah MH370 Berakhir.
Berakhir Di laut China Selatan
Adakah benar yang di katakan oleh Brado kapak tentang ianya sebanarnya telah terjunam di Lautan China Selatan? Bagaimana pula Di Lautan Hindi? Manusia dunia telah goyah pendapat mereka tentang berakhirnya MH370 di lautan hindi, ini kerana kenyataan JACC sendiri menyatakan ianya tidak berkakhir di lautan Hindi. Apakah maksud tersirat mereka itu. dulu katanya ada pengiraan tentang berakhirnya di lautan hindi, boleh di buktikan oleh stelit Immarsat. tapi setelah PM kita ke Negara China, Secara tiba-tiba sahaja JACC menyatakan tiada di lautan Hinddi. So sapa yang di permainkan dan di mainkan? Tah lah Brado kainkapan pun tak tahu. tak pa, itu bukan persoalanya mai kita tengok berita yang di ceritakan di astro awan bagaimana pekerja pelantar minyak di pecat tentang kenampakan beliau kapal terbang yang terbakar.
Petikan dari pada Astroawani:
Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.
Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.
"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.
"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.
"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.
"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."
Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.
Cuba kita tengok lokaisnya : Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E. Rasannya ada tak sesiapa yang pergi chek lokai tersebut?
kalau Pihak immarsat menyatakan lokasinya di lautan Hindi, pasti ada lokasi latitut dan longitut nya, pasti bleh jumpa. Pada mula ianya tersebar, terdapat sepihan di lautan cina selatan, bila SAR pergi ke lokasi tak di jumpai apa. begitu pelik sekali sedangkan ada gambar yang di ambil oleh penumpang gambar serpihan-sepihan yang jelas kelihatan dari udara. Serpihan apakah itu. begitu juga bila telah dinyatakan berakhirnya di Lautan Hindi makan ada lah stelit yang menjumpai gambar sepihan yag di percyaai serpihan Pesawat MH370, tapi sampai sekarang tidak jumpa apa-apa.
KUALA LUMPUR: Hampir tiga bulan selepaskehilangan pesawat MH370milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara akan melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin melalui laman web Indiegogo.
Kempen yang dikenali sebagai "Reward MH370: The Search for the Truth", adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.
"Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Tetapi tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbarUSA Today.
Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan "tidak akan pergi jauh" tetapi berkata ahli keluarga akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa.
"Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak temui apa-apa. Tetapi kita tidak akan pendekatan menggunakan bot di lautan, kita mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.
"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu. Jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ini tidak akan selesai," katanya.
Sementara itu, waris penumpang di Malaysia meminta satu mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 Datuk Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek tertentu yang ditugaskan kepada jawatankuasa itu.
"Kami ingin tahu dengan jelas tentang pelan khusus Jawatankuasa itu dan tindakan berterusan dalam membantu kami untuk melalui masa yang sukar ini.
"Kami juga ingin berbincang dengan Hamzah tentang aspek yang kami memerlukan bantuan dan juga satu taklimat oleh beliau atau bersama Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengenai maklumat terkini berhubung dengan misi pencarian MH370,” kata kumplan itu dalam satu kenyataan media.
Pada Rabu, Pemangku Menteri PengangkutanDatuk Seri Hishammuddin Husseinberkata Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdekat bagi membincangkan maklumat terkini operasi pencarian pesawat MAS MH370, termasuk kos, di lokasi baharu.
Delegasi itu akan diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai tiga lagi timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing berkaitan operasi mencari pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'.
www.astroawani.com/news/show/ganjaran-us-3-juta-kepada-pemberi-maklumat-mh370-37326
Sebenarnya apakah yang di ketahuai oleh waris-waris yang menjalankan dana ini? Mereka pasti dan teramat pasti ada cerita di sebalik cerita. Mereka percaya ada sesorang yang menyimpan sesuatu. 3 juta us sama tak mahu. Mereka sebanrnya memancing ikan yang besar, ikan di laut dalam. Mereka pasti jika benar pesawat itu di rampas atau pun di letakakan di sesuatu tempat pasti ada yang menyenglengaranya. Sudah pasti mereka ada kamera untuk merakamnya.
Jika ianya tengelam dan bangkainya telah di bersihkan seperti yang di nyatakan oleh Brado kapak dalam teorinya, maka sudah pasti ada yang akan merakam nya. sudah pasti ada yang akan menyerahkan kepada waris waris MH370 , untuk dapatkan hasilnya
Paling kurang pihak waris telah melakukan tindakan bijak untuk memancing pihak-pihak tertentu bagi mencari bukti yang mana ada sesetengah pihak terlibat didalam MH370 ini. Mana tidak nya kita bagaikan di tipu hidup-hidup dengan kenyataan yang pelbagai.
Moga ada pihak yang akan menebri jawapan kepada permasalan ini
Pendapat tentang MH370 oleh Tun Mahthir klik sini----> MH370 ( pendapat Tun Mahathir)
New Order World adakah berkiatan dengan MH370 klik sini----> NEW ORDER WORLD
Rahsia awet Muda klik sini-----> Rahsia Awet Muda
Pendapat tentang MH370 oleh Tun Mahthir klik sini----> MH370 ( pendapat Tun Mahathir)
New Order World adakah berkiatan dengan MH370 klik sini----> NEW ORDER WORLD
Rahsia awet Muda klik sini-----> Rahsia Awet Muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan