Apakah yang dimaksudkan dengan Blue Ocean Strategy? Blue Ocen Strategy merupakan satu alat (tool, metode) yang digunakan untuk membina pasaran baru. Ketika pasaran sesebuah organisasi itu menghadapi masalah. Tool ini di cipta oleh dua orang iaitu W.Chan Kim dan Renee Mauborgne yang merupakan 2 professor dari Harvard Business School. Blue ocean strategy akan bergabung dengan Red Ocen strategy didalam menegani permaslahan yang dihadapi. Red Ocen merupak persaingan kita didalam pasaran. Red ocen merupakan kopentesi head to head dengan pesaing kita. Paling senang contohnya adalah antara dua buah pasaraya aitu pasaraya Tesco dan juga Maidin, kedua-duanya akan menawarkan harga terrendah kepada para pelanggan mereka. Ini yang dinamakan Red Ocean Strategy. Dimana pesaing antara satu sama lain akan cuba menjatuhkan pesaing yang lagi satu dengan strategy yang sama. Sedangakan Blue ocen strategy merupakan pasaran yang diciptakan ketika pasaran tidak mempuyai pesaing ataupun pesaing yang paling minimum didalam industri masing masing. Lihat Draf dibawah:
Contoh Organisasi Yang Menggunakan Blue Ocean Strategy
Air Asia
Bagaimana Air Asia dapat mengatasi syarikat penerbangan yang lain termasuk yang berada di Indonesia seperti Garuda, Lion Air, Batavia Air,
Ada beberapa syarikat gergasi di Malaysia yang menerapakan Blue Ocean strategy didalam pasaran mereka, antaranya adalah Air asia. Air asia yang menerapkan low cost provider untuk setiap penerbanganya,Ianya telah banyak menarik para pengguna kapal terbang. Apakah yang di perhatikan daripada pangasas Air asia ? kebanyakan penumpang tidak memerlukan makanan didalam penerbangan melainkan di minta. Kos makan dapat dikurangkan untuk keuntungan pengguna dan menjadi kelebihan kepada Air asia itu sendiri. Pemilihan tempat duduk juga telah di perhatikan bahawa, penumpang tidak mengambil kira sangat. Begitu juga proses pembelian tiket yang banyak prosessnya. Penumpang hanya ingin sampai ke destinasi dengan cepat dan mudah. Kebanyakan sistem pernerbangan lain menawarkan kemewahan di setiap pernerbangan mereka dan menjadikan tiket kapal terbang manjadi mahal. Air asia telah keluar dari kopong tersebut, Air asia telah menawarkan harga yang paling murah, jauh lebih murah sehingga 50% dari harga pesaing Air asia. Ketepatan waktu, pembelian tiket secara online yang begitu mudah dan exfition telah menarik pelanggan mengunakan Air Asia. Sebenarnya untuk tambang murah Air asia tidak mempunyai pesaing sama sekali dan ianya memasuki fasa Blue Ocean strategy. Lebih bermakna Air asia telah keluar daripada persaingan Head to Head.
Apakah faktor yang menjadikan Air asia berjaya? Faktor utama yang di ketengahkan oleh Air asia adalah Faktor Value yang di terapkan oleh Air asia. Ianya bukan sekadar Value tetapi, value yang menjadikan Air asia unggul dan kompetitif didalam pasaran penerbangan. Nilai Value yang di terapkan adalah Value Innovation.
Definasi Value Innovation :
Merupakan satu kawasan yang di wujudkan didalam sesuatu perancanggan yang di rancangkan oleh sesuatu organisasi bagi menjelaskan kedua-dua struktur kos dan cadangan yang lebih bernilai kepada pembeli. Penjimatan kos ini di buat dengan menghapuskan dan mengurangkan faktor industri bersaing. Nilai pembeli di tarik balik dengan menaikan serta mewujudakan elaman industri yang tidak pernah di tawarkan sebelumnya. Lama-kelamaan kos akan di kurangkan lagi apabila ekonomi merudum, disebabkan oleh jumlah jualan yang tinggi yang akan menjana nilai keunggulan sesuatu pasaran. Ini adalah dinilai kos pembeli yang ternilai.Ianya boleh di ringkaskan di bawah mengikut contoh diagram di bawah:
Mencipta nilai tambah atau meningkatkan sesuatu produk/nilai yang tidak pernah ditawarkan di pasaran bagi pelanggan + mengurangi atau menghilangkan kos yang timbu akibat suatu produk /nilai yang akan di ciptakan
Kedua-dua eleman tersebut harus ada, sekiranya kita hanya meningkatkan Value sahaja, tanpa memikirkan kos yang akan timbul maka akan terhasil satu produk yang harganya mahal dan mungkin akan menghasilkan kerugian. Sedangkan kita hanya menurunkan kos sahaja. Mungkin tidak ada yang dapat diciptakan atau nilai tambah bagi produk tersebut. Value-Innovation merupakan hal yang harus di pegang ketika kita ingin mencipta produk yang baru.
Setelah kita tahu tentang strategi Blue Ocean, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan Value-innovation yang baik bagi perniagaan dan akhirnya akan mencipta satu strategi Blue Ocean yang betul-betul boleh digunakan didalam pernigaan kita. Bagi mendapat dan memahami dengan lebih lanjut caranya Penulis buku Blue Ocean Startegy membahagikan kepada beberapa bahagian:
Setelah formula Blue Ocean strategik dicipta maka harus masuk pada tahap berikutnya, iaitu prinsip-prinsip eksekutif penerapan Blue Ocean Strategik
- Atasi permasalaahan organisasi (susun atur balik)
- Buatlah penerapan yang akan masuk kedalam strategi yang telah di buat
Prinsip Blue Ocean strategi
Dibawah ini menunjukan prinsip Blue Ocean Strategy yang memacu kepada kejayaan bagi merangka dan melaksanakan strategi dan juga risikonya:
Analytical Tool and Framework:
Merupakan tool/alat yang digunakan sebagai dasar pemahaman kita dalam Blue Ocean Strategy kerana tool ini akan digunakan bagi menjayakan Blue Ocean Startegy
Tool pertama yang akan di gunakan adalah strategy canvas. Strategy ini merupakan kerangka kerja yang di gunakan untuk mengdiagnos dan eksekusi strategi Blue Ocean. Tujuan penggunaan strategi canvas adalah menangkap posisi pasaran kita yang ada didalam pasaran, oleh itu kita akan mengatahuai posisi didalam pasaran. Ini membolehkan kita memahami faktor-faktor apa sahaja yang dikompetasikan baik untuk produk, hasil dan penghangtaran yang akan kita berikan kepada pelanggan kita dan juga penawaran apa sahaja yang diterima oleh pelanggan dan persaingan dari persaingan pasaran.
Bagi dapat mencipta Blue Ocean, kita haruslah merubah fokus pemikiran kita dari bersaing Head to Head dengan pesaing kita, dan menuju alternatif yang mungkin ada daripada pelanggan yang sudah ada dan juga pelanggan yang akan muncul di masa depan. Dengan melihat alternatif yang sedia ada bagi pasaran pernerbangan, Air asia mendefinasikan permasalahan pada industri penerbagan:
- Bagaimana mencipta pernerbagan yang membolehkan pelanggan bukan sahaja dapat sampai dengan tepat dan mudah, tanpa birokrasi yang terlampau. Bagaimana melihat pesaingan terdekat mendapat pelanggan dengan lebih ramai.
- Para pengguna melihat bukanlah sesuatu kemestian untuk mendapat makan didalam pesawat yang pernerbagan jarak dekat, tetapi ketetapan masa dan kemudahan mendapat tiket itu lebih penting
Pemilik Air Asia begitu pantas menyediakan Blue Ocean pada industri pernerbangan dengan mengunakan strategi canvas dan juga 4 framework di bawah.
Setelah melakukan 4 faktor di atas maka akan tercipta sebuah lengkuk yang baru pada strategi canves yang baru yang akan di cipta nanti. lengkuk yang baru nanti akan menjadi Blue Ocean bagi Air Asia.
Apakah Yang perlu dilakukan oleh Air asia adalah memodifikasikan terhadap faktor-faktor industri penerbangan dengan mengacu 4 action framework seperti di bawah:
Lengkuk yang akan terhasil nanti akan menghasilkan strategi yang mengunakan prinsip pada 3 ciri strategi Blue Ocean yang baik:
Fokus
lengkuk yang dihasilkan akan memberi 3 hal, kemudahan tempat tinggal, kadar penerbangan yang kerap dan juga kemudahan penempahan tiket. Fokus akan semakin baik jika di fokus dengan baik. Ketidak fokusan kepada strategi maka tidak akan menghasilkan strategi yang mengarah ke satu tujuan, malahan akan terjebak pada situasi yang semakin tidak keruan
Divergence/Perbezaan
Lengkuk yang dihasilakan pada Blue Ocean strategi yang baru harus betul berbeza, jangan sampai terjebak pada pola yang mirip pada industri umum.
Compaling Tagline
Blue Ocean yang baik seharusnya memiliki tagline yang menarik, seperti yang dihasilkan oleh Air Asia : "Everybody Can Fly". Tag line yang semakin kuat, maka semakin kuat lah product yang akan terhasil dan mejana pendatapan yang mengutungkan
Antara anugerah yang di terima oleh Air Asia:
Airline Of The Year 2007
v Asia's Best Budget Airline under Best In Travel Poll 2007
v Airline Human Capital Development Strategy Award
v Asia's Best Emerging Companies with regards to Corporate Governance
v Best Low Cost Airline in Asia
v The Brand Laureate 2006-2007
Antara kelebihan Air Asia:
- Tambang penerbangan yang sangat murah berbanding MAS
- Dapat 50% diskaun sekiranya membeli berat barang dan bagasi secara online
- Jumlah jadual penerbangan yang lebih kerap
- Menyediakan tempat penginapan (Hotel I-Tune) yang murah dan berpatutan
- Promosi harga tambang murah yang kerap dan menjimatkan
- Laman web Air Asia: http://www.airasia.com/my/en/home.html
Visi Air Asia
Visi Air Asia ialah menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.
Misi Air Asia
- Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja.
- Mencipta jenama asean yang dikenali dunia.
- Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan Air Asia.
- Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambahkan tahap perkhidmatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan