Kepada pembaca kainkapanku, terima kasih untuk membaca tentag Hudud ini. Admin pun teringin nak tahu juga tentang Hudud ini, Hudud ini adalah hukum yang diturunkan oleh ALLAH. Setiap benda yang Allah turunkan laksankaan adalah adil dan saksama, Bukanlah semua orang yang mencuri itu kena potong tangan, tak akanlah curi buah pelam sebijik pun kena kan, kalau curi seladang atau berladang-ladang tu , yang itu patut lah rasanya. itu yang di beri hint oleh seorang ustaz bila di tanya tentang Hudud. Jangan takut katanya, Kalau Allah nak hukum Manusia, pasti kita sebut AH dekat ibu kita pasti dah kena hukuman serta merta. Sebab yang memiliki kita adalah yang maha pencipta, kita bukan sesiapa, okey cuba baca keterangan yang admin dapat ni , kalau ada salah sila tunjuk ajarkan ye para ustaz.
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hudud
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
-Namun Hukuman hudud ini hanya melibatkan Umat Islam sahaja ,orang yang bukan islam tidak terlibat sama sekali kecuali jika mereka mamilih untuk terlibat
-hanya orang dewasa yang berfikiran waras sahaja yang dihukum hudud,bagi kakanak-kanak dan pesakit mental mereka tidak terlibat
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
Zina
Zina (Bahasa Arab: الزناء) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri. Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah.
Friman Allah :
"Lelaki tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin." (Al-Quran,Surah an-Nur: 3)
Dera ini adalah hukuman jasmani, sedang larangan kahwin adalah hukuman moral. Dengan demikian, maka diharamkan mengawasi pelacur sama halnya dengan memurnikan kehormatan warga negara, atau sama dengan menggugurkan kewarga-negaraan orang yang bersangkutan dari hak-haknya yang tertentu menurut istilah sekarang.
Ibnul Qayim setelah menerangkan arti ayat di atas, mengatakan: "Hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran ini sudah selaras dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akal yang sehat. Sebab Allah tidak membenarkan hambanya ini sebagai germo untuk mencarikan jodoh seorang pelacur. Fitrah manusia pun akan menganggap jijik. Oleh kerana itu orang-orang apabila mencari kawannya, mereka mengatakan: 'Pantas kamu suami seorang pelacur.' Untuk itulah, maka Allah mengharamkan perkahwinan semacam itu kepada orang Islam."
Dan yang lebih jelas lagi, ialah: bahwa kejahatan seorang perempuan ini dapat merusak tempat tidurnya suami dan keturunan yang justru oleh Allah dijadikan sebagai sarana kesempurnaan kemaslahatan mereka dan dinilai sebagai suatu nikmat. Sedang zina dapat mengakibatkan percampuran air dan meragukan keturunan. Oleh kerana itu termasuk salah satu keistimewaan syariat Islam, ialah mengharamkan kahwin dengan seorang pelacur sehingga dia bertaubat dan mengosongkan rahimnya. Caranya yaitu: paling sedikit haidh satu kali.9
Lagi pula, bahwa seorang pelacur adalah tidak baik. Sedang Allah menjadikan perkahwinan itu sebagai salah satu jalan untuk mewujudkan rasa cinta dan kasih-sayang (mawaddah warahmah). Dan apa yang disebut mawaddah, yaitu kemurnian cinta. Maka bagaimana mungkin orang yang tidak baik dapat dicintai oleh suami yang baik?
Suami dalam bahasa Arab disebut zauj, yang berasal dari kata izdiwaj artinya: isytibah wat tawazun (serupa dan seirama). Jadi suami-isteri atau zaujan (dalam bahasa Arab), berarti dua orang yang serupa dan seirama, tidak bertolak belakangnya antara yang baik dan yang buruk baik ditinjau secara hukum syar'i ataupun secara ukuran biasa, tidak akan dapat menghasilkan keserasian, seirama, kecintaan dan kasih-sayang. Maka tepatlah apa yang dikatakan Allah.
Firman Allah :
"Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." an-Nur: 26)
HIRABAH
Hirabah (Bahasa Arab: حرابة) adalah tindakan sekelompok bersenjata di dalam Daulah Islamiyah dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merusak kehormatan, merusak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir (zimmi atau harbi). Termasuk dalam hirabah, adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.
Hukuman hirabah dan tata cara menjatuhkannya telah disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al-Maa’idah, ayat 33). Hukuman Hirabah
Atas dasar itu, hukuman bagi orang yang melakukan hirabah adalah :-
Hukuman hudud bagi pelaku hirabah akan dijatuhkan bila tindakan mereka telah mencerminkan realiti hirabah. Adapun syarat-syarat yang boleh menetapkan, bahawa suatu tindakan disebut tindakan hirabah ada tiga syarat iaitu :-
Jika tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka tindakan itu tidak disebut sebagai hirabah.
Taubat Pelaku Hirabah
Apabila pelaku hirabah bertaubat sebelum mereka tertangkap, taubat mereka diterima. Mereka juga tidak dikenai hukuman hudud. Akan tetapi, ia harus menunaikan hak-hak orang yang mereka dzalimi, atau hak-hak anak Adam (huquq al-adamiyyin). Ini didasarkan pada firman Allah SWT:
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maa’idah, ayat 34)
BUGHAT
Bughat mengikut istilah syara’ ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari’at Islam.
Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.
Kesalahan Didalam Politik
Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :
Penderhakaan Yang Wajib Diperangi
Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :
Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.
QISAS
Hukuman Qisas (Bahasa Arab: قصاص) adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Qisas
Dalil Al-Quran:
Hukuman qisas membunuh dengan sengaja
Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah 2:178)
Hukuman qisas mencederakan dengan sengaja
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)
TAKZIR
Hukuman Takzir Bahasa Arab: تعزير ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman takzir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
DIYAT
Hukuman Diyat (Bahasa Arab: دية) ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan yang wajib dikenakan Hukuman Diyat
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Sumber: al-quran, wikipidia islam
|
1 ulasan:
bagus bagus
Catat Ulasan