zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Ibnu Sinagoogle0d30047a50102498.html

Rabu, 7 Mac 2012

Ibnu Sina



Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M

Sejarah Dan Latar Belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik matematik, sains fiqh dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengatahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru  ilmu perubatan.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selapas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nuh Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan ini tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru pertama)





Sumbangan

Kemasyhuranya melangkaui wilayah dan negara islam. Dalam bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialaih bahasa kedalam bahasa inggeris dengan judul Precpts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak kedalam 15 buah bahasa. Pada abab ke 17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asaa di universiti di itali dan Perancis. Malahan sehingga abab ke -19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.


Ibnu Sina juga telah mengahasiljan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit nersama dengan cara mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebanarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi, syair, prosa dan agama.
Penguasaannya didalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak iaitu puncak kecermelangan tertinggi didalam bidang yang diceburinya.

Disamping menjadi puncak didalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki yang tetinggi didalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang amat terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku yang berjudul al-Najah yang menbicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan permikiran Aristotale. Oleh itu pandangan perubatan Ibnu Sina turt di pengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasakan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir, hempedu kuning, dan hempedu hitam. Menurut teori ini, kesihatan sesorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat usur tersebut. keempat-empat unsur tersebut itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka sesorang akan dapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula kesimbangan yang berlainan. Miskipun teori ini didapati tidak tepat, tetapi telah meletakan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang mengjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada usur yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semulajadi dalam tubuh  manusia untuk melawan penyakit. jadi selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan, itu manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga didalam bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahwa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seupama inipernah dikemukan oleh ahli falsafah yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan ini maka imam AL-Ghazali telah menyifitkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya Ibnu Sina tidak menolak kekuasaan Tuhan yang maha esa. Dalam bukunya An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai WAJIB al-WUJUD ialah satu. Dia tidak berbebtuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apacara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud terbit daripada Wajib al-Wujud yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidak kah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajid al-Wujud untuk melingpahkan atau menerbitkan segala yang wujud disebabkan kesempurnaan dan ketinggianya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhannaya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu sina telah menimbulkan Kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al-Falasifah( tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi
Antara percangahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasada manusia dengan perasaan kebahagian dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau bagaimana pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembagan falsafah islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai  orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidanga falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi

(sumber Wikipidia)

Tiada ulasan: