zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Law of Supply And Demand : sumber perkongsian ilmu, kainkapankugoogle0d30047a50102498.html

Selasa, 17 Jun 2014

Law of Supply And Demand : sumber perkongsian ilmu, kainkapanku


Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Supply dan Demand didalam istilah ekonomi dan bagaimana caranya untuk memahaminya dengan lebih mendalam. kali ini kita bercerita sedikit tentang istilah ekonomi ini yang sering di gunakan didalam mencari faktor-faktor untuk menjalankan sesuatu perniagaan. 


Definasi Law Of Supply and Demand:
          Law of Supply and Demand menerangkan interaksi antara penawaran sesuatu sumber dan juga permintaan untuk sumber tersebut. Law of Supply and Demand mentakrifkan kesan bahawa adanya produk tertentu dan keingginan ( atau Permintaan) untuk produk yang memunyai harga. Secara umumnya, jika ada bekalan yang rendah dan permintaan yang tinggi. Dan sebaliknya, lebih besar bekalan dan permintaan yang lebih rendah, maka akan lebih rendah hanrganya. 

Bagaimana Memahami law of Supply and Demand: 
        Ramai yang tahu tentang Law of Supply and Demand ( hukum penawaran dan permintaan), Tetapi beberapa ramai orang yang tahu bagaimana ianya berfungsi. Disini Admin ingin menerangkan bagaimana langkah mudah berserta kaedah bagaimana ianya berfungsi menurut erti kata asas EKONOMI.

Langkah 1

             Kaji Andaian yang telah kita buat. Law of Supply and demand adalah lebih mudah untuk di pahami jika dapat mempertimbangkan barangan-barangan komoditi seperti kayu, minyak mentah ataupun konkrit. Komoditi adalah satu bahan yang di lihat baik sebagai satu barangan yang bernilai dengan jumlah yang sama tanpa mengira pembekal.

Langkah 2 

           Berlakon anda adalah seorang pengguna.  Keadaan ini akan menjadi lebih mudah kerana anda menjadi seorang pengguna. katakan anda membeli 7 biji durian seminggu pada harga 5 ringgit bagi setiap durian yang di beli. Jika harga sebijik durian akan naik ke pada 10 ringgit sebijik, adakah anda akan membeli lebih Durian atau kurang? Apabila harga naik permintaan akan menjadi kurang dan apabila harga jatuh permintaan akan menjadi tinggi. Dan ini lah yang dikatakan law of demand.

Langkah 3


           Sekarang berlakon pula anda seorang pembekal. Ini adalah lebih sukar untuk dilakukan. Jom kita andaikan yang kita mempunyai ladang buah durian yang sangat luas. Dan kita menjual Buah durian dengan buah-buahan yang lain. Suatu hari anda menjual durian di pasar tani dengan harga 5 ringgit setiap durian yang dijual. Dan keesokannya amda menjual dengan harga 10 ringgit sebijik dan durian habis di jual. Sekaramg anda telah menjana 2 kali pendapat dari menjual durian. Oleh kerana anda tahu yang anda boleh menjual dengan harga 10 ringgit sebijik durian, adakah anda akan membawa lebih atau pun kurang durian ke pasar? adakah anda akan menanam lebih pokok durian untuk musim yang akan datang? Apbila harga naik dengan baik, bekalan untuk barangan akan bertambah dan apabila barangan sesuatu barangan jatuh, bekalan barangan juga akan berkurangan. Ini adalah di panggil law Of Supply. 

Langkah 4

          Gambarkan yang anda sedang berada di hadapan 3 biji durian, dan anda beranggapan kesemua durian itu adalah sama sebagaimana yang di lihat. Dua biji durian di jual dengan harga 6 ringgit sebijik dan sebijik lagi dijual dengan harga 5 ringgit. Berakah jumlah harga buah durian yang di bayar? Maklumat tentang harga sempurna, dan kesamaan barangan yang dibeli merupakan prinsip-prinsip persaingan yang sempurna.

Langkah 5

          Sekaragan gambarkan pula anda serorang penjual durian di sebuah pasar tani. Anda menjual sebijik durian dengan harga 5 ringgit sebijik, dan habis kesemuanya. Keesokan harinya anda menjual dengan harga 6 ringgit sebijik dan juga habis kesemuanya. Berapa banyak pula anda kan menjual durian pada hari keesokannya pula? Pelarasan harga serta merta adalah salah satu juga prinsip-prinsip persaingan yang sempurna.

Langkah 6

         Sekarang mari kita andaikan bahawa pada harga 10 ringgit sebijik, pembekal membawa 100 biji durian di pasaran dan pengguna sangup membeli 90 biji durian pada harga yang telah di tetapkan. Sekarang terdapat lebihan sebanyak 10 biji durian. Satu-satu caranya untuk menjual lebihan durian adalah dengan menurunkan harga dari harga asal. ataupun memberi diskauan kepada setiap durian yabg dibeli untuk kali kedua membeli. Anda juga boleh menjual durian pada harga diskaun untuk meningkatkan pasaran permintaan bagi menghapuskan lebihan. Satu lagi penyelesainan adalah untuk membawa kurang durian untuk pasaran akan datang, ataupun menanam kurang pokok durian. Kedua-dua pilihan ini dipanggil pembetulan pasaran

Langkah 7

          Sekarang mari kita andaikan pula bahawa pada harga 9 ringgit sebijik, pembekal membawa 100 biji buah durian di apsaran dan pengguna sanggup membeli 110 biji durian. Terdapat sepuluh bijik lebihan yang di inginkan oleh pengguna dan pembekal tidak mempeunyainya. Ini di panggil kekeurangan. Jika penjual mahu membuat untung yang lebih besar, beliau akan membawa lebih banyak durian dalam pasaran atau pun menjual durian dengan harga yang lebih tinggi pada hari berikutnya. Pilihan ini dipanggil Pembetulan Pasaran.

Langkah 8

Nah sekarang kita akan melihat pasaran akan membetulkan dengan sendiri sehingga titik keseimbangan akan tercapai, iaitu sehingga tiada terdapat lebihan dan kekeurangan.

Selamat mencuba dengan 8 langkah ini, jangan lupa share ye



Tiada ulasan: