zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Khasiat Herbagoogle0d30047a50102498.html

Ahad, 15 Jun 2014

Khasiat Herba


Kali ini Bardo Kainkapan akan bercerita pula tentang kebaikan herba yang terdapt di sekeliling kita yang kita sering gunakan dalam kehidupan seharian kita. Kadang kadang herba ataupun dedaun in berada di sekeliling kita namun pengatahuan yang cetek dan tidak mahu ambil tahu telah menghalang kita memperolihi perubatan yang unggul di sekeliling kita tanpa payah kita mengeluakan sesen pun.



Dukung Anak

Tahukah anda daun apakah ini? Ha inulah pokok dukung anak. Tumbuhan renek yang sentiasa berada di laman rumah kita. Kenapa di panggil dukung anak? ini disebabkan oleh terdapatnya bebola kecil di setiap daunnya. Antara kegunaanya adalah:


  • Mereka yang menghidap penyakit buah pinggang (batu karang)
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Penghidap penyakit hepatitis b (dari makanan atau minuman yang tercemar/ pemindahan darah) system imun dalam badan yang tinggi dapat mencegah dari dijangkiti virus hepatitis b

Daun Durian Belanda


Durian belanda yang mempunyai rasa yang unik ini mempunyaai pelbagai kegunaan antaranya adalah Daunya:
  • Pembunuh semulajadi sel kanser
  • Menurunkan kadar urid asid dalam badan sekaligus mencegah daripada penyakit gout
  • Menambah antibody dalam tubuh badan manusia

Hempedu Bumi




Hempedu Bumi ini juga di kenai sebagi pokok akar cerita. Rasanya pahit antara kelebihan nya adalah :

  • Menurukan darah tinggi
  • Merawat kencing manis
  • Daunya di lumat untuk di letakan di tempat luka
  • Memecahkan lemak,bagi salur darah yang tersumbat

Pegaga



Pegaga biasa di makan untuk dijadikan ulam-ulaman sahaja, so sekarang kita tengk kelebihannya:

  • Menghilangkan bintik hitam di muka
  • Air rebusan pegaga boleh diminum untuk menyerikan muka
  • Direbus bersama daun dukung anak dan juga tebu hitam untuk menghilangkan kesan santau di badan.
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah



Cekur




Kegunaan Cekur :
  • Mengubati selsema ( dicampur dengan lada sulah, kayu manis dan madu)
  • Dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis
  • Merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam selsema sakit dan sengal tulang
  • Merawat keracunan makanan, ulser mulut 

Daun Kari



Khasiat Kari
1. Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
 Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Tengek Burung/ Cabang Tiga




Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya
mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.
Khasiat dan kegunaan

  • Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi.
  • Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan.
  • Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam
  • Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani 
  • Dapat menyegarkan badan.


Geti


Kegunaan
  • 100 gram daun muda yang dimakan, ia mengandungi 77.2g air, 8.4mg protein, 1.1g lemak, 9.7g karbohidrat, 1.8g serat dan 181mg kalsium. 
  • Ia juga menyimpan 29mg fosforus, 0.3mg ferum, 23mg natrium, 356mg kalium, 0.6mg vitamin B1, 0.71mg vitamin B2 dan 11mg vitamin C serta 2.4mg niasin.
  • Untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun muda turi membuktikan bahawa herba ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk manusia.
  • Rebusan akar pokok Geti selalunya diminum untuk mengurangkan batuk dan membuang kahak.
  • Air rebusan kulit pokok Getiboleh melegakan demam dan pening kepala.

Peria



Khasiat dan kegunaan
  • Buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah.
  • Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk
  • Mengubati cirit-birit. 
  • Bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing. 
  • Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul
  • Menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka.
  • Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. 
  • Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar. 


Kaduk



Khasiat dan kegunaan


  •  Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. 
  • Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti

Rumput Sambau

Khasiat dan kegunaan
  • Rumput sambau dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin 
  • Membantu mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan kencing.
  • Mengubati luka dan bisul.
  • Boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain.
  • Untuk penjagaan perut wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan beras.
  • Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut dan selepas itu dibalut.
  • Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula diperlukan untuk mengurangkan kembung perut. Mengubati demam kuning, mengatasi masalah cacing dan melawaskan kencing.
  • Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras asal.
  • Untuk mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum dibalutkan pada bahagian berkenaan.
  • Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut yang dialami berkurangan.

Cengkih


Khasiat dan kegunaan
  • Menghilangkan nafas berbau atau mengawal bau mulut.
  • 10 hingga 15 biji cengkih direbus terlebih dahulu dengan 10 gelas air selama kira-kira 15 minit atau sehingga parasnya tinggal tiga gelas.
  • Minum satu perempat atau separuh gelas air rebusan berkenaan sekurang-kurangnya sekali setiap sehari. Untuk lebih berkesan, air rebusan diminum tiga kali sehari terutama selepas makan.
  • Untuk melegakan sakit gigi, bunga atau biji cengkih ditumbuk lumat sebelum disapukan pada gigi berkenaan.
  • Air rebusan cengkih juga berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal.
  • Selain meminum air rebusannya, penggunaan cengkih dalam masakan juga memberi khasiat tersebut.


Bawang Putih


Khasiat dan kegunaan
  • Melegakan sakit gigi di samping mengeluarkan duri dan besi berduri yang tertusuk di jari. 
  • Mengurangkan kolesterol dan gula serta memecahkan lemak dalam badan.
  • Untuk sakit gigi, layurkan buahnya di atas api seketika dan gigit kuat-kuat pada gigi yang sakit. Ia dipercayai membantu melegakan sakit gigi berkenaan.
  • Manakala buah bawang putih yang telah dilayurkan boleh digunakan untuk membuang duri atau besi dengan menekapkannya pada tempat yang tercucuk. 
  • Untuk mengurangkan kolesterol, gula dan memecahkan lemak, kita disyorkan memakan sebiji atau dua biji bawang putih.
  • Kandungan allicin dan aliin di dalamnya mempunyai daya antikolesterol dan ini mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Memakan bawang putih yang telah digoreng, direbus atau dibakar terlebih dahulu dikatakan lebih baik berbanding memakan mentah.
  • Bawang putih juga selalu digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria dan antiseptik.


Kalau nak ikutkan banyak lagi ni , so untuk kali ini saja dahulu, kalau ada masa lagi Brado kainkapan akan cuba post lagi
Ingin tahu atau rahsia ingi jadi lebih muda sila klik sini-----> Awet Muda
Ingin tahu tentang 7 sunnah Rasulluah yang utama sila kik sini----->7 sunnah rasullulah

Sumber :

 Biohikmah

Ong Hean Chooi (2003). Tumbuhan liar: Khasiat ubatan dan kegunaan lain
Ong Hean Chooi (2006). Tanaman hiasan: Khasiat masakan dan ubatan
Ong Hean Chooi (2004). Buah: Khasiat makanan dan ubatan
Ong Hean Chooi (2003). Sayuran: Khasiat makanan dan ubatan
Noraida Ariffin (2005). Penyembuhan semulajadi dengan herba

2 ulasan:

Unknown berkata...

KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

3 BAHAN AKTIF PENTING

FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak

Unknown berkata...

Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..kesan lebih hebat berbanding tongkat ali...cuci buah pingang..kurangkn kolestrol..kurangkan darah tingi..buah ni.selamat di makan...amalan orang terdahulu untuk kesihatan..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...