zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: DNA : Halal vs Haramgoogle0d30047a50102498.html

Rabu, 11 Jun 2014

DNA : Halal vs Haram



Kali ini Brado kainkapanku Ingin bercerita dengan anda tentang DNA. ha tahu ke korang maksud DNA itu yang sebenarnya. Kadang-kadang kita sebuk buat-buat tahu padahal korang tak tahu langsung pasal DNA ini. So jom kita kaji DNA halal dan DNA haram.


Rajah 1 Model Watson dan Crick

Ciri-Ciri model Watson dan Crick


  • DNA terdiri daripada 2 bebenang polinukleotida yang bergelung untuk menghasilkan bentuk Dwiheliks.
  • Dua bebenang polinukleotida tersusun dalam arah yang bertentangan (5`-3` dengan 3`-5`).
  • DNA mempunyai tulang belakang iaitu fosfat berikatan dengan fosfodiester dan pada bahagian tengahnya terdapat pasangan-pasangan Asid A-T dan G-C. Pasangan ini diikat oleh ikatan hidrogen.
  • Duplek DNA mempunyai diameter 20A. Pasangan asid pada DNA disusun dalam jarak 3.4 A antara satu sama lain. Satu pusingan penuh helik berjarak 34A dan mengandungi 10 asid.
  • Segmen molekul DNA mempunyai alur major yang berselang dengan alur minor
  1. Adenina (A)
  2. Tiamina (T)
  3. Sitosina (C)
  4. Guanina (G)
  • Manipulasi DNA in vitro (luar sel organisma)
  • Gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj.
  • Pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.

        Apakah pengertian DNA : Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama dalam sesuatu kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan GEN. Ianya kadang-kadang di panggil juga Molekul Warisan kerana DNA boleh mewarisi sifat-sifat daripada organisma induk. Dalam proses pembiakan, DNA akan bereplikasi dan hasilnya akan dipindahkan ke zuriat.
Boleh dikatakan kesemua organisma, bakteria, virus, mitokondria dan juga kloroplas mengandungi DNA. 
4 komponen unsur Nitrogen didalam DNA adalah : 
Model yang di tunjukan didalam rajah 1 adalah hasil daripada Watson dan Crick, merekalah orang kedua mencadang dan mengkaji DNA selepas penemuan didalam AL-Quran.


Katakanlah (wahai Muhammad), "Bahkan (tetap datang)! Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu." tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat zarah yang ada di langit dan di bumi dan tidak ada yang terlebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis didalam kitab yang terang dan nyata.
(Surah Saba' : 3)


Serba Sedikit tentang Struktur Molekul DNA
                   DNA merupakan sepasang molekul yang berpaut antara satu sama lain dengan membentuk heliks berkembar. Setiap molekul DNA merupakan rantaian NUKLEOTIDA yang bersambungan secara kimia. Setiap satunya mengandungi sejenis gula iaitu fosfat dan satu dariapada empat jenis unsur-unsur Nitrogen. DNA merupakan polimer kerana ianya terdiri daipada sub-unit nukleotida. Pembentukan asasnya terdiridariapda Adenina (A), Tiamina (T), Sitosina (C) dan Guanina (G). Dalam heliks DNA berkembar dua rantaian polinukleotida bergabung melaluai pasangan asid bes yang terdiri dariapda ikatan hidrogen. Dalam pautan heliks DNA berkembar ini dua rantaian polinukleotida bergabung melaluai pasangan bes yang terdiri daripada ikatan hidrogen. Ianya cenderung untuk membentuk ikatan hidrogen hanya dengan pasangannya. Iaitu A kepada T dan C kepada G. Setiap satu mampu bertindak sebagai acuan kepada masa penyalinan  DNA kepada yang asal, yang lengkap dapat disalin dengan sempurna.
                      Sebenarnya ikatan Hidrogen didalam DNA cukup lemah sehingga ianya dapat di uraikan dengan mudah oleh enzim. Enzim ini juga dikenali sebagai helicase yang berfungsi mengurai untai-untaian DNA. Untaian DNA juga dapat di ubah dan diuraikan dengan pemanasan secara perlahan.

Genetik
                   Fenomena yang mengkaji pewarisan dan variasi didalam kesemua makhluk hidup merupakan salah satu bidang sains yang di panggil Genetik, sama ada manusia ataupun bateria. Pakar British William Bateson merupakan orang kedua mengunakan istilah genetik. Sebenarnya maklumat maklumat genetik di simpan didalam kromosom yang di bentuk daripada DNA dan juga sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik ini perlu berikteraksi bersama faktor kuaran yang lain seperti pemakanan dan persekitaran bagi menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan. Kajian mengenai genetik terbahagi kepada :
1) Genetik Klasik
-Sumbangan ujikaji daripada Gregor Mendel dengan penemuan gen-gen terungkai

2) Genetik Molekul
- Terbit daripada penemuan kod genetik dan perkembangan teknik pengklonan. Ianya lebih berguna dari segi aolikasi dalam perubatan dan juga Forensik

Prinsip asas Genetik Mandelian
               Mandelain seorang pakar telah mengkaji baka pokok kacang pis, dan mendapati bahawa kajiannya memiliki rupa kedua-dua induk bunga jantan dan betina tanpa menghasilkan rupa perantraan. Sebahagian besar eksperimen Mendel melibatkan pokok-pokok berbaka tulen kerana ia memudahkan pengukuran ciri-ciri yang mutlak seperti warna, bentuk dan kedudukan anak pokok.. Hasil eksperimennya banyak menggunakan analisis statistik dan prinsip kebarangkalian yang melibatkan saiz sampel yang besar, yang mengukuhkan lagi hasil penemuannya. Mendel mengatakan bahawa:
1. Pewarisan sesuatu ciri atau rupa ditentukan oleh “unit“ atau “faktor“ yang diwarisi oleh progeni, dan unit ini tidak berubah.
2. Individu mewarisi satu jenis unit dari setiap induk untuk sesuatu ciri tertentu.
3. Sesuatu ciri atau rupa tidak semestinya hadir pada inidividu tetapi boleh diwarisi oleh generasi yang berikutnya.
       Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen. Ini dikenali sebagai ciri poligenik atau selanjar. Salah satu ciri poligenik ialah warna kulit dimana warna kulit seseorang adalah hasil dan interaksi beberapa gen yang mengkodkan warna kulit.

GEN
           Gen merupakan jujukan linear DNA yang merupakan sesuatu unit yang berfungsi pada kromoson atau plasmid. Keseluruhan maklumat bagi struktur dan fungsi sesuatu organisma dikodkan dalam gennya. Bagi sesetengah maklumat yang dikodkan oleh gen menentukan hanya satu ciri, tetapi sesetengah lokus (lokasi) bagi gen yang sama boleh membawa maklumat yang berlainan. Gen yang mempunyai maklumat yang berlainan pada lokus yang sama dinamakan alel
Struktur Dan Fungsi Gen
         Gen terdiri daripada jujukan nukleotid DNA pada kromosom. Walaubagaimanapun, tidak kesemua jujukan nukleotid pada sesuatu gen dikodkan untuk menghasilkan protein yang berfungsi. Pada gen, terdapat jujukan-jujukan pendek yang berfungsi sebagai pengawalatur gen tersebut. Jujukan yang mendahului jujukan yang berfungsi, i.e. ekson (bagi sistem eukariot), dinamakan jujukan promoter. Jujukan ini dikenali oleh RNA polymerase yang berperanan dalam transkripsi, atau penyalinan, gen kepada bentuk mRNA. Kawasan gen yang tidak dikodkan kepada protein dinamakan intron. Jujukan intron yang terletak diantara beberapa ekson disunting keluar semasa pemprosesan mRNA. mRNA yang "matang" i.e. tanpa jujukan intron kemudiannya ditranslasikan kepada rantai asid amino dengan bantuan ribosom dan tRNA. tRNA membawa satu asid amino yang bersesuaian dengan kodon mRNA. Kodon adalah tiga nukleotid pada mRNA yang dibaca oleh tRNA, yang menyesuaikan antikodonnya dengan kodon pada mRNA. Rantai asid amino yang baru boleh diubahsuai dengan beberapa kumpulan berfungsi seperti gula ringkas (glukosa) atau asetil (acetyl) sebelum membentuk protein yang berfungsi.

Mutasi
     Mutasi adalah perubahan yang kekal pada DNA. Mutasi secara lazimnya mengubah jujukan nukleotid DNA dan secara langsung mengubah maklumat genetik (genotip) yang pada sesuatu gen tersebut. Walaubagaimanapun, perubahan genotip tidak semestinya menghasilkan perubahan fenotip, iaitu ciri yang ditunjukkan oleh organisma.

Jenis-jenis Mutasi
       Terdapat dua jenis mutasi yang penting: mutasi titik tunggal (Bahasa Inggeris: point mutation) yang melibatkan perubahan satu bes nukleotid, dan mutasi sebingkai (Bahasa Inggeris: frameshift mutation) yang mempengaruhi lebih daripada satu bes nuleotid. Jenis mutasi yang ketiga tidak melibatkan pertukaran bes, tetapi pemindahan satu bahagiankromosom dan bercantum pada kawasan yang lain pada kromosom yang sama, ataupun dengan kromosom yang berlainan. Kawasan kromosom yang berpindah-randah ini dipanggil transposon.
Mutagen
     Mutagen adalah bahan yang menyebabkan mutasi teraruh. Mutagen meningkatkan kadar mutasi secara spontan, yang secara lazinmya agak rendah. Mutasi spontan berlaku tanpa kehadiran bahan atau agen yang boleh menyebabkan perubahan pada jujukan DNA. Ia boleh berlaku hasil daripada kesilapan replikasi DNA khususnya semasa pemasangan nukleotida rantaian DNA lama dan baru. Bahan kimia dan radiasi adalah contoh jenis-jenis mutagen (Lihat jadual dibawah)
Kromosom
           Kromosom adalah maklumat genetik yang terdiri daripada Orgaisma DNA dan protein histon. Sel-sel hidup yang menghasilkan generasi sel-sel anak dan memindahkan maklumat genetiknya melalaui kromosom dengan bilangan yang sama. Bentuk dan sainz kromoson adalah berlainan mengikut organisma tertentu. Struktur yang kurang padat membenarkan pengikatan RNA polymerase untuk memulakan transkrip gen. 
Transformasi
Transformasi banyak dilakukan dalam makmal untuk menghasilkan bakteria yang mempunyai kandungan genetik yang khas. Walaubagaimanapun, transformasi boleh berlaku secara semulajadi melalui penerimaan maklumat genetik daripada organisma yang sudah mati. Dalam mekanisme transformasi, fragmen DNA bebas daripada sel terpecah memasuki sel bakteria penerima yang hidup. Sel penerima mestilah daripada genus yang sama dan hadir dalam keadaan "kompeten". Sel yang kompeten bermakna sel berada dalam persekitaran dan memudahkan kemasukan unsur luar. Kemasukan DNA secara transformasi hanya boleh berlaku sebelum pembentukan dinding sel. DNA yang berjaya memasuki sel penerima boleh bergabung dengan kromosom perumah secara rekombinasi. Sel penerima kini dinamakan 'transforman' dan boleh mengekspres gen asing.

Teknologi DNA Rekombinan
       Teknologi DNA rekombinan merupakan teknik kejuruteraan genetik yang melibatkan penggunaan DNA rekombinan - iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua species organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik.
Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses:
        Proses-proses diatas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972. Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot kedalam bakteria, kemudian oleh S.N. Cohen dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid bakteria.
Aplikasi Teknologi DNA Rekombinan
A) Perubatan
          Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan jugahormon insulin, merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol.
         Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen, spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan penyakit oleh anak dalam kandungan.
B) Industri
     Proses fermentasi berlaku dalam penghasilan minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen minyak.

C) Pertanian
      Sesetengah strain bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman. Syarikat Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens yang membolehkannya membunuh serangga perosak memlalui penghasilan toksin yang berasal daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan pembunuh haiwan perosak.

Hukum Pemakanan Dalam Islam 
         Didalam Pemakanan islam, Islam telah menentukan satu peraturan yang menetukan makanan Halal dan Haram. Fiqh telah menetapkan makanan yang Halal dan yang Haram. Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dalam al-Qur'an. Menurut al-Qur'an, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang didedikasikan selain untuk Tuhan.(Al-Qur'an 5:3).
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( surah al-maidah:3)

        Perkara berhubung Halal dan Haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal. Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang. Dalam kita membincangkan konsep Haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.
Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
a) Haiwan Darat.
Semua haiwan darat(mamalia maun @ mamalia herbivor)seperti lembu,rusa,kambing dan sebagainya, serta keluarga burung yang tidak beracun dan muncung paruhnya tumpul dan bengkok seperti itik,ayam,burung puyuh dan sebagainya halal dimakan, kecuali;
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.(Disembelih bukan kerana Allah).
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan(mamalia maging @ mamalia karnivor) yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya(karnivor).
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan,lipas,lalat, ular dan seumpamanya(reptilia).Namun begitu sejenis reptilia padang pasir itu biawak padang pasir(dhab) boleh dimakan dalam Islam.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.Sejenis belalang daun yang darahnya tidak mengalir boleh dimakan menurut Islam.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji)(al-Khabaith) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut,singa laut dan seumpamanya(amfibia).Ketam yang hidup dua alam seperti jenis Ketam Batu dan Ketam Hijau adalah haram dimakan(sila lihat penjelasan di rencana di bawah).
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal,namun haram dimakan yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
b) Haiwan Air.
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ia adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.Ikan Belacak halal dimakan.
c)Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
d)Minuman
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun misalnya racun atau ubatan merbahaya, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.Seperti arak,alkohol peminum dan berkaitan dengannya.
e) Bahan Semulajadi
Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
f) Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
g) Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna,perisa,pengawet dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.
Bahan Gunaan Orang Islam
Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
a) Kosmetik
Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku,maskap muka,celak dan seumpamanya.Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
Nota tamabahan:Islam melarang penggunaan perwarna hitam dengan tujuan untuk menghitamkan rambut,penggunaan warna lain seperti warna perang dan sebagainya adalah dibolehkan,namun penggunaannya mestilah bertempat dan tidak mendatangkan keburukan di kalangan masyarakat serta bahan yang digunakan perlulah suci,selamat,halal dan tidak menyekat pengaliran air masuk ke dalam kulit kepala.Pembuatan tatu pada tubuh manusia dengan apa cara sekali pun juga adalah haram disisi Islam.
b) Pakaian dan peralatan.
c)  Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.
d) Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
e) Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk,kerang-kerangan, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.
      Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.Menyambung rambut palsu bukan bermaksud menocang rambut sendiri adalah haram perbuatan itu.Wanita Islam yang sudah akhil baligh wajib baginya mengenakan tudung bagi menutup rambutnya dan kepalanya.Semua umat Islam samada lelaki ataupun wanita wajib baginya untuk menutupkan aurat nya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah.Islam juga melarang akan penganutnya untuk mencabut,memotong,mencukur bulu alis mata atau keningnya,kerana perbuatan itu adalah haram serta mengubah hak ciptaan Allah Taala.
Akan bersambung ke part-2
untuk mengatahuau rahsia kekal muda klik sini---->Rahsia kekal Muda
Sumber Rujukan : 
  1. Markas Dr Abdullah Faqih. حكم أكل السلحفاة. url: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=71513
  2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. cet. 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.
  3. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. terjemahan Ustaz Zain. URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=7098
  4. Fiqh & Perundangan Islam. Dr Wahbah Al-Zuhaily.
  5. Koleksi Hadis-hadis Hukum. TM Hasbi.
  6. Al-Halal wal-Haram fi Islam. Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
  7. Makan telur penyu dan buaya? April 21, 2007 — Mohd Masri.
  8. Creatif Common


Tiada ulasan: