zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Fadhilat dan Kelebihan solat TARAWIHgoogle0d30047a50102498.html

Ahad, 4 Mei 2014

Fadhilat dan Kelebihan solat TARAWIH



Diam tak diam puasa dah tak lama lagi ye, bagi yang dulu ada yang tk cukup posenya, Harap-harp dapatlah ganti cepat-cepat ye. Okey kali ini Admin nak ceritakan Fadilat sembahyng terawih, yang kebanyakan daripada kita yang sering meninggalknya.



Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,

Malam ke 1 
Diampuni dosa-dosa orang yang 
beriman sebagaimana 
keadaannya baru dilahirkan

Malam ke 2 
Diampunkan dosa orang-orang 
yang beriman yang 
mengerjakan solat Tarawih, 
serta dosa-dosa kedua 
ibubapanya 

Malam ke 3 
Para malaikat di bawah ‘Arasy 
menyeru kepada manusia yang 
mengerjakan solat Tarawih itu 
agar meneruskan solatnya pada 
malam-malam yang lain, 
semuga Allah akan 
mengampunkan dosa-dosa 
mereka

Malam ke 4
Memprolihi pahala sebagaimana
 pahala yang di perolihi oleh
 orang-orang membaca kitab-kitab 
taurat, zabur, injil dan juga Al-quran

Malam ke 5 
Dikurniakan pahala seumpama 
pahala orang-orang yang 
mengerjakan solat di Masjidil 
Haram, Masjid Madinah dan 
Majidil Aqsa 

Malam ke 6 
Dikurniakan pahala seumpama 
pahala malaikat-malaikat yang 
bertawaf di Baitul Makmur serta 
setiap batu dan tanah berdoa 
agar diampunkan dosa-dosanya 

Malam ke 7 
Seolah-olah dapat bertemu 
dengan Nabi Musa a.s serta 
menolongnya itu menentang 
Fir’aun dan Hamman

Malam ke 8 
Dikurniakan pahala 
sebagaimana pahala yang 
dikurniakan ke atas Nabi 
Ibrahim a.s 

Malam ke 9 
Dikurniakan pahala serta 
diangkat ibadahnya seperti Nabi 
Muhammad s.a.w 

Malam ke 10 
Dikurniakan ke atasnya 
kebaikan hidup di dunia dan 
akhirat

Malam ke 11 
Meninggal dunia di dalam 
keadaan seperti ia baru 
dilahirkan 

Malam ke 12 
Dibangkitkan di akhirat di dalam 
keadaan mukanya bercahaya

Malam ke 13 
Dibangkitkan di akhirat di dalam 
keadaan aman dari sebarang 
kejahatan dan keburukan 

Malam ke 14 
Malaikat-malaikat akan datang 
menyaksikannya serta Allah 
S.W.T tidak akan 

Malam ke 15 
Malaikat-malaikat yang memikul 
‘Arasy dan Kursi akan 
berselawat dan memohon agar 
Allah S.W.T mengampunkannya 

Malam ke 16 
Allah S.W.T menuliskan baginya 
dari kalangan mereka yang 
terlepas dari api neraka dan 
dimasukkan ke dalam syurga

Malam ke 17 
Allah S.W.T menulis baginya 
pahala sebanyak pahala para 
nabi-nabi 

Malam ke 18 
Malaikat akan menyeru, “Wahai 
hamba Allah sesungguhnya 
Allah S.W.T telah redha ke atas 
mu dan ke atas kedua ibubapa 
mu.” 

Malam ke 19 
Allah S.W.T akan meninggikan 
darjatnya di dalam syurga 
Firdaus 

Malam ke 20 
Allah S.W.T mengurniakan ke 
atasnya pahala sekelian orang 
yang mati shahid dan orang 
yang soleh 

Malam ke 21 
Allah S.W.T akan membina 
untuknya sebuah mahligai di 
dalam syurga daripada cahaya 

Malam ke 22 
Ia akan dibangkitkan pada hari 
kiamat dalam keadaan aman 
dari sebarang huru-hara pada 
hari tersebut 

Malam ke 23 
Allah S.W.T akan membina 
untuknya sebuah bandar di 
dalam syurga daripada cahaya 

Malam ke 24 
Dikurniakan ke atasnya pahala 
dua puluh tahun ibadat 

Malam ke 25 
Dilepaskan dari seksa kubur 

Malam ke 26 
Dikurniakan ke atasnya pahala 
empat puluh tahun ibadat 

Malam ke 27 
Dikurniakan ke atasnya 
kemudahan melintasi titian sirat 
seperti kilat

Malam ke 28 
Allah S.W.T menaikkan 
kedudukannya seribu darjat 
diakhirat 

Malam ke 29 
Dikurniakan ke atasnya pahala 
seribu haji yang mabrur 

Malam ke 30 
Allah S.W.T memberikan 
penghormatan kepadanya 
dengan Firman-Nya, “Wahai 
hambaku, makanlah segala 
jenis buah-buahan yang engkau 
ingini untuk dimakan di dalam 
syurga dan mandilah kamu di 
dalam sungai yang bernama 
Salsabil serta minumlah air dari 
telaga yang dikurniakan kepada 
Nabi Muhammad s.a.w yang 
bernama Al-Kauthar.” 


Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan 
keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di 
dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w 
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH 

Sumber : freewebs/ fadhilat terawih

Tiada ulasan: