zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Pulau Nangka- Khazanah Harta Karun Tersembunyigoogle0d30047a50102498.html

Selasa, 29 April 2014

Pulau Nangka- Khazanah Harta Karun Tersembunyi

           
   
         Assalamuaikum, kepada pembaca blog kainkapanku yang di hormati. Admin tertarik dengan Pulau Nangka yang hangat di perkatakan sekarang ini. Benarkah terdapatnya harta Karun di pulau itu ? Kebenaranya sudah pasti benar. Kerana Pihak kerajaan negeri telah mengupah pihak syarikat untuk scan dan mungkin terdapat kesan seperti logam , dan komposisi logam yang di scan itu adalah emas. Kenapa sekrang timbul isu pulau nangka itu. Siapkah yang berhak keatas harta itu? Kerajaan Negri kah atau pun Waris kesultanan Melaka? Di mannakah Waris kesultanan Melaka itu? 
Okey tak pa Admin bukan nak cerita tentang teori dan hepotisis, tetapi Admin cuma akan menceritakan asal usul dan di mana letaknya Pulau nangka itu dan serba sedikit tentang sejarah Pulau Nangka itu.


            Sebuah pulau kecil tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari pantai dan 4 kilometer dari pulau utama iaitu Pulau Besar. Pulau Nangka yang diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dikelilingi tidak kurang 10 pulau-pulau lain termasuk dua daripadanya dihuni manusia. Mengikut Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang mendakwa Sultan Melaka dahulu mempunyai satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek diperbuat daripada emas.harta yang dimiliki hasil cukai pedagang luar negara itu kemungkinan disembunyikan di pulau berkenaan ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 kerana ditakuti istana diserang dan ditawan. 
lokasi pulau nangka


               Persoalanya sekarang, jika benar adanya harta karun khazanah kesultanan melaka, pasti ada pintu masuk kegua-gua untuk kebilik-bilik penyimpanan harta karun itu. Mungkin telah di tutup oleh batuan besar. pkibat di sengajakan oleh pemiliknya untuyk ditutup. Pemiliknya mungkin tahu bila sampai masanya waris dan yang berhak akan datang dengan teknologi untuk mengambilnya kembali. Tetapi ramalan Sultan yang terakhir yang menyimpan harta karun di pulau Nangka meleset, di sebabkan Melaka tidak mempunyai sultan sekrang ini. Ini mungkin takdir Allah, jika terdapat sultan di melaka sekrang, tentu akan di gunakan kejalan yang kita tidak ketahuai. Mungkin telah di takdirkan untuk Umat Bani JAwi akhir zaman mengambilnya untuk di pergunakan ke jalan yang benar.




Cerita mengenai Pulau nangka( sumber: mystar.com)


  • Harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
  • Tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar.
  • Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.
  • Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.
  • Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.


Mungkin Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud
Proses membuka pintu di pulau Nangka
  • Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.
  • Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.
  • Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
  • Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.
  • Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.
  • Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.
  • Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.
  • Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam
  • .
Apakah Punca Belanda dan Portugis datang Ke Tanah Melayu?
           Apakah punca Portugis, Belanda dan juga British datang menjajah Tanah Melayu? Pernah tak kita belajar sejarah Tanah Melayu? Tanah Melayu di panggil Sawarnabumi dalam bahasa Sangserkit. Mengapa di namakan demikian? Sebabnya pedangan-pedagang Melaka pergi berdagang ke rantau di seluruh dunia dengan berdagang emas ke seluruh pelosok dunia. Makanya telah di ketahuai oleh pihak Portugis dan Belanda. Pada zaman perdagangan Melaka dahulu kesemua system perdagangan di gunakan dengan mengunakan emas sebagai tukaran. Kerana ianya adalah hasil galian utama di dunia terutamnya di tanah Melayu. Dengan Jumlah Emas yang banyak sekali di bumi Tanah melayu ini, maka Belanda manjalakan misi dan visi mereka untuk mengumpul seberapa banyak emar yang boleh dari Semenanjung Tanah Melayu ini.
      Satu kitab kuno India menyebut Nusantara ini sebagai The Fabulous Of Gold ( tanah emas yang menakjubkan). maksudnya di sini adakah pedangan India ini telah datang keTanah Melayu dan menyaksikan perlombngan Emas secara besar-besaran di tanh melayu.

        Claudios Ptolemy iaitu ahli yunani yang berlayar ke Nusantara pada abad ke2 Masihi 165M memangil Tanah Melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran sumatera didalam buku karangannya Geographike Hypegesis. I-Tsing seorang pelayar china yang belayar dari sumatera pada abad ke7 memanggil kawasan sekitar sumatera sebagai Chin-Chou yang bermaksud Negeri Emas merujuk kepada kerajaan Melayu tua didalam Teks pelayaranya. 
        Begitu juga Laksemana Cheng Ho, di percayai telah melawat lombong-lombong emas di tanah melayu untuk dibawa ke Maharajanya. Begitu juga dengan pemerintah siam yang membeli emasa di Raub pahang bagi membina Angkor Watt. Akhirnya, Tanah Melayu di jajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, Jepun pernah menguasai kekayaan emas di Tanah Melayu. 
         Rezab Emas negara dikatakan masih tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada kajian-kajian yang dilakukan dan ianya bertambah apabila penemuan baru dan akan berkurangan apabila meineral tersebut digali daripada perut bumi

Hadis Nabi Tentang Penemuan Emas Di Akhir Zaman

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 
'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

Admin Kainkapan Berminpi tentang Pulau Nangka

      Selepas Menulis artikel post ini, Admin telah tertidur. Dalam tidur admin tu , Admin telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki Muda yang berjubah putih berserban Biru. Dia tersenyum kearah Admin. Dia kata Harta pulau Nangka itu ada pemilik dan warisnya. hanya Waris yang terakhir akan membuka dari pintu yang asal Gua tersebut. Katanya Harta itu untuk Umat akhir zaman, Nanti kita akan mermelukanya. Lelaki itu berkata Waris yang terakhir yang akan membuka pintu itu berada di negeri didalam Negeri Bani Jawi ini, Negeri yang terdapat Ulama Yang terUlung yang sudah meninggal. Lelaki itu tidak menyebut apa nama negeri itu. Dia ada menyatakan pintu itu akan dibuka dengan sepotong ayat Al-Quran. Hanya Waris yang terakhir akan membukanya. Admin dalam mimpi itu nampak dengan jelas ayat tersebut. tapi tak tahu pulak ayat yang mana. Dalam mimpi itu juga admin di tunjukkan bagaimana pintu gua itu di tutup. Batu yag besar telah menutup pintu Gua itu di depan dan juga belakang. Terdapat dua pintu masuk, depan dan belakang. lelaki itu sempat juga menunjukakan dalam sebuah bilik ada sebuah Peti bertutup separa bulat dan lama. Tiada peti lain melainkan sebuah sahaja. dan ada juga lalauan di dalam gua yang gelap ke ruang lain . Admin tak nampak dengan jelas sebab samar-samar. Bila Admin terjaga jam menunjukakn pukul 5 pagi. adakah benar mimpi ini admin pun tak tahu, sekadar berkongsiAdmin masih ingat dalam mimpi itu di mana pintu gua itu di tutup. BAgi masa admin sikit untuk melukisnya.  

Sumber perkongsian Ilmu, jangan lupa share dan juga komen sikit ye

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau waris izin kan kepada "dia" Harta salah satu dari harta yang diwasiatkan ini hanya akan digunakan di saat diperlukan. Ketika itu mungkin tiada siapa dah mahu. Kerana dia menyuruh orang-orang kaut dan bagi harta itu. Tiada seorang pun mau kerana pemerintahannya ketika itu mungkin cukup kaya sehingga harimau berkawan dengan makanannya. Atau akan dibuka bila diperlukan untuk membuat persediaan menghadapi tentera Al Masih Ad Dajjal.

Tapi kalau betul perlukan sangat setakat 3 keping mangkuk emas untuk 3 pihak yang berusaha insyaAllah boleh dipertimbangkan. Kalau diizinkan. Bila dapat, silalah berfikir untuk berhenti dari mencari harta tersebut. Kerana tidak akan terbuka sehingga jadualnya sampai.

Tanpa Nama berkata...

harta dah tak berguna bila Nabi isa dah dapat mengalahkan dajjal. zakat dah tak diperlukan lagi, sebab ramai manusia dah ingat ALLAH. kalau betul harta itu bleh a,bil sebarangan sudah pasti kita pun tak dengar cerita lagi