zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Harga Kain kapangoogle0d30047a50102498.html

Jumaat, 2 Mac 2012

Harga Kain kapan

Apakah harga sebuah kain kapan?
adakah kita sering memikirkan tentang harganya, sudah kah kita bersedia dengan kain kapan kita? adakalanya kita tidak pernah memikirkan berapa peruntukan yang kita perlu sediakan untuk Bil kita yang terakhir ini. serasa saya ramai yang menyediakan bill terakhir kita ini adalah orang lain. kalau nak membeli rumah atau kereta dan sebaginya kita akan menyimpan untuk persedian . tetapi tidak kah pelik bagi kita yang tidak pernah sekali pun terfikir didalam benak hati kita, untuk menyimpan duit kain kapan kita. mungkin harganya dalam sekitar RM1000 ringit di setengah tengah tempat. tetepi. adakah kita telah bersedia atau pun kita lalai untuk menyediakan persiapan untuk kita berjuma dengan yang Maha Pencipta kita
Saya ingin berkongsi disini kisah bapaku. Bapaku telah kembali mengadap ilahi pada 22/10/2011 pukul 11.00 pada hari sabtu pagi. Selepas nazak selama sehari selepas sembahyang jumaat. Bapaku berumur 76thn. telah lebih kurang bapaku 5 tahun bapa tidak boleh berjalan hanya menaiki kerusi roda.
Bapaku sering mengigati kematian, Sering kali bapaku menyuruh abangku mahu pun aku mengambil wang dari bank sebanyak RM1000 ringgit untuk persedian kain kapannya. Katanya dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Tapi kami berkeras bahawa tak perlu , anak-anak ada akan menguruskanya.
Dia sering bercerita kepadaku perihal kematian. Dia redo dengan kentuan ilahi yang dia akan berkerusi roda. Bapaku tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan Ibuku. 
Bapaku sering bercerita kepada ku berkaitan Taubat, kita perlu bertaubat setiap hari, walaupun kita rasa kita tidak melakukan kesalahan.


Semasa nazak ibuku sentiasa berada disisi bapaku sering kali aku melihat ibuku membisikan perkataan  ALLAH pada bapaku. Lebih kurang 15minit sebelum bapaku menghembuskan nafasnya yang terakhir, langit menjadi mendung seketika. Aku melihat sendiri di saat akhir bapaku menghembuskan nafas yang terakhirnya. Kami adik beradik sebuk menguruskan jenazah bapaku. Yang peliknya Kain kapan bapaku diuruskan oleh ibu saudara ku. Kami adik beradik tidak mengeluarkan duit untuk membeli kain kapan bapaku. Setelah urusan jenazah dimandikan, kami mengangkat bapaku untuk dipakaikan kain kapanya. Terjadi lagi perkara pelik, dimana kain kapanya berlebihan padahal rasanya kalau lebih pun sedikit sahaja, lagi pun bapaku seorang yg tinggi. Setelah dipakaikankain kapannya imam pun telah menyembayangkan lalu diangkat untuk dimasuk kan kedalam kereta jenazah, awan menjadi mendung seketika.
Setelah sampai di liang lahat, aku yang menyambutnya di bahagian kepala. Salah seorang pengali kubur menyurh membuka kain dimukanya bapaku. Alangkah terkejutnya aku mekihat wajah bapaku putih melepak dan bercahaya. Itu lah pengalaman ku melihat wajah bapaku kali terakhir, bintik-bintik hitam diwajahnya hilang.
selepas dikebumikan, dikala imam membaca talkin hujan turun dengan lebatnya. sehingga lah habis bacaan talkin, hujan pun berhenti.
Bila aku perhatikan balik perkara amalan yg bapaku buat masa hayatnya. Setiap malam bapaku dan ibukan akan mengaji Al-quran, surah yang biasa mereka baca adalah surah - Al mulk. bapa seorang yang penyabar , walaupun ada orang memaki hamun, dan mengata bapaku, dia tetap tersenyum.
Rupa-rupanya bukan kain kapan sahaja yang kita bawa kedalam alam barzakh malah amalan kita seharian pun perlu kita titik beratkan. Amalan Harian kita ini akan menjadikan Kain kapan kita sesuai untuk mengadap ilahi

Tiada ulasan: