zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: perniagaangoogle0d30047a50102498.html
Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2014

SLEPT analisis


Assalamuikum, kali ini admin akan ceritakan pula pasal satu lag anilisis yang biasa digunakan didalam mencari kelamahan dan kelebihan didlm sesuatu perniagaan itu. Sebelum ini admin dah ceritakan pasal SWOT analisis, PESTEL analisis, kali ini admin nak ceritakan pasal SLEPT analisis pula, memangdangkan admin rajin sikit hari ini, so admin terjemahkann didalam bahasa ibunda admin, Selamat beramal semua.



SLEPT ANALISIS

Apkah yang dimaksudkan dengan SLEPT analisis? Tafsiran dan difinasinya terletak didalam perkataan SLEPT itu sendiri.

S: Sosial

L: Legal
E: Enviromantal dan ethica
P: Poitical
T: Technology



Semua ini adalah faktor-faktor luaran yang mempengaruhi perjalanan sesebuah perniagaan itu. 


FAKTOR SOSIAL
Faktor Sosial yang utama, yang  memberi kesan kepada perniagaan adalah Demografi.
Demografi merupakan satu kajian tentang penduduk. 
Ada dua bahagian yang berkaitan dengan perniagaan:

a) Populasi yang bekerja
Mereka yang berumur diantara 16 - 65 tahun sahaja yang berkerja.
Ini adalah amat penting bagi sesebuah firma, bagi menentukan jumlah bilangan pekerja di firma mereka

b)Populasi
Jumlah penduduk yang tinggal didalam sesebuah negara mahupun tempatan.
Perubahan populasi akan menentukan dengan jelas sesuatu permintaan itu 



FAKTOR LEGAL/UNDANG-UNDANG

Perniagaan perlu dijalankan dengan mengikut undang-undang.
Didalam negara Malaysia terdapat beberapa undang-undang antaranya
1) Undang-undang civil
2) Undang-undang jenayah
3) Undan-undang syariah (islam)

Undang-undang di bentuk oleh sesebuah kerajaan itu bagi mengawal dan juga menjaga hak -hak pengguna.

FAKTOR ENVIRONMENTAL/ PERSEKITARAN

Pernigaan yang dijalankan akan sentiasa menangung kos dan juga keutungan daripada aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan mereka.
Terdapatnya jumlah kos yang besar daripada keuntung perniagaan yang di tanggung oleh masyarakat persekitaran.
Kos yang lebis luas dan manaafat di panggil externalities boleh jadi +ve atau pun -ve.
Oleh itu kita boleh juga menyatakan bahawa:
Kos swasta:kos yang berkaitan dengan pengeluaran produk 
Manfaat Peribadi: biasanya keuntungan yang dibuat oleh perniagaan 
Luaran negatif: kos yang dibayar oleh masyarakat 

Luaran yang positif: Keuntungan manfaat oleh masyarakat, misalnya pekerjaan baru
Dengan menambah kesemua kos dan faedah bersama-sama ianya juga dapat mengira kos sosial juga faedahnya.

ENVIRONMENTAL COST  / KOS PERSEKITARAN
ENVINRONMENTALISTS adalah berkaitan dengan mengawal luaran negatif daripada masuk kedalam perniagaan.
ini mungkin termasuk: 

  • pencemaran udara 
  • pencemaran air 
  • kesesakan dan bunyi 
  • Pemusnahan persekitaran yang 
  • pelupusan sisa
Mengawal kos alam sekitar

Kerajan akn cuba untuk mengawal kos alam sekitar
selain undang-undang (tindakan udara bersih) terdapat beberapa pilihan         1-taxion 
kerajaan boleh membuat pembuat pencemaran itu  membayar 
cukai contohnya cukai tanah dan  cukai bahan api 
2 - Subsidi 
boleh diberikan kepada firma yang mengambil skim mesra alam 
3 - permit pencemaran 
membolehkan firma untuk menghasilkan jumlah yang tertentu bagi menghasilkan  pencemaran, ini digunakan di usa 
4 - pendidikan 
kerajaan akan cuba untuk menyedarkan orang ramai tentang isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran



FAKTOR ETHIC / ETIKA

Etika bermaksud: satu set prinsip-prinsip sosial yang mengawal atau mempengaruhi bagaimana kita berkelakuan
Ini bermakna bahawa mungkin ada isu, selain daripada keuntungan, yang boleh memberi kesan kepada keputusan yang dibuat oleh perniagaan.

Apakah gangguan yang menjadi etika ?

Publisiti yang baik 
-etika boleh dilihat sebagai alat pemasaran 

Penambahan jualan 
- Ini boleh berlaku kerana publisiti yang baik, dan boleh membawa kepada keuntungan meningkat. 

Kandungan pekerja 
-Pekerja mungkin lebih bahagia dan sebagainya bekerja lebih keras 
- Pekerja bahagia cenderung untuk kekal dalam pekerjaan mereka



FAKTOR POLITICAL/ POLITIK

Sebarang erubahan kerajaan di sesebuah negara akan menjejaskan imbangan politik di negara itu dan oleh itu memberi impak kepada perniagaan.




FAKTOR TECHNOLOGYCAL/TEKNOLOGY

TEKNOLOGI sentiasa berubah, dan perniagaan hendaklah mengurus dan menggabungkan teknologi baru untuk terus hidup. 
- Internet telah menunjukkan bahawa firma-firma yang mengabaikan risiko teknologi telah mengasingkan pelanggan. 

Tetapi melabur dalam teknologi adalah mahal, dan firma mesti membelanjakan wang mereka dengan bijak. 
Perniagaan yang melabur dalam penyelidikan dan pembangunan selalunya boleh mendapat kelebihan yang besar.



Read more ...

Ahad, 29 Disember 2013

PESTEL analisis



Asalamualikum semu, bertemu kembali di erana blogging ye huhu, kali ini admin nak ceritakan pasal PESTEL analisis yang admin juga buat tajuk untuk assigment MBA admin, tempoh hari , sebab minggiu depan dah nak start klass dah , dah tak boleh tulis blogg, so kese,patan ini admin buat satu entri untuk peminat blog Kainkanpanku ini. Ini satu lagi analisis yang boleh diguna pakai untuk anda semua yang sedang menjalankan perniagaan bagi mencari kelemahan dan faktor-faktor kelemahan perniagaan anda , ma;ah boleh ,menjadi satu cara untuk meningkatkan perniagan anda. Tajuk ni admin ambil sebab dok semua soklan semua guna PESTEL analisis ni, admin x nak guna assignment admin sebab dalam bahasa Ingeris, so admin adaptasikan sedikit perubahan dan juga gaya penyampaian yang berhemah huhuhu



Read more ...

Jumaat, 22 November 2013

STRATEGI PERNIAGAAN : 5 STRATEGI KOMPETITIF GENERIK

         


     ASSALAMUALIKUM, POST kali ini admin nak bercerita sikit tentang stategi perniagaan. Tahukah anda terdapat pelbagai teori yang ada untuk melakukan strategi perniagaan yang tertentu? Bagi mereka yang berkesempatan untuk mendalami ilmu di menara gading pasti tahu sedikit sebanyak tentang strategi ini, Bagiu mereka yang tidak berkesempatan dan ingin mencari apakah strategi yang perlu ada. Ha ni masanya admin berkongsi dengan anda beberapa teori yang paling terkenal dimana mana penceramah selalu menyatakan.

                Memilih strategi yang terbaik merupakan satu usaha yang paling sukar sekiranya sesebuah syarikat tidak membuat analisis yang baik sebagaimana untuk menjalankan syarikat mereka.Analisis luaran dan analisis dalaman mestilah tepat dan menepati objektif analisis. Sebelum ini admain ada menerangkan dalam post sebelum ini mengenai SWOT analisis. Uh sekrang ni tegah rajin menulis blog huhuhu.

           Selepas analisis dilakukan, pemilihan strategi yang bersusai dengan strategi yang dilakukan. Strategi bolehh di emplementasikan di dua peringkat, iaitu peringkat koprat dan peringkat Perniagaan. Perlaksanaan dan penyesuain dilakukan dalam salah satu peringkat atau kedua-duanya. ini terpulang kepada hasil analisis yang telah dilakukan. Peringkat yang dimaksudkan adalah seperti berikut dan setiap peringkat mempunyai sub peringkat sebagai kompenan.

1) Peringkat Koprat ( Corporate level)
a) Peringkat pengurusan koprat ( Corporate Managerial Level)
2) Peringkat Perniagaan ( Business level)
a)Peringkat pengurusan pernigaan ( Business Managerial level)
b) Peringkat Fungsional ( Functional Managerial level)
c) Peringkat Pengurusan Operasi  (Operational Managerial level)
Apa yang akan kita bincangkan adalah strategi peringkat perniagaan

STRATEGI PERINGKAT PERNIAGAAN
         Strategi peringkat perniagaan juga dikenali sebagai peringkat kompetatif. ini disebabkan syarukat terpaksa bersaing dengan pesaing secara kompetatif seperti menurun harga yang rendah atau mengambil sesuatu tindakan yang lebih kompetatif apabila pesaing menurunkan harga produk. terdapat beberapa strategi yang mana ia telah dikumpulkan didalam StrategiLima Kompetitif Generik inilah stretegi penting yang akan kita bincangkan nanti. Jadi jangan kemana-mana teruskan membaca ye
Ini merupakan salah satu strategi yang popular. Foktor utama dalam memilih strategi ini ialah melihat dari sudut :
a) Pasaran syarikat : Luas atau Sempit
b) Daya bersaing syarikat : Harga rendah atau produk kelainan atau banyak pilihan.

          Dengan mewujudkan kombinasi daya saing, sesebuah syarikat akan berupaya menjadi kompetatif dalam sesuatu pasaran dan upaya bersaing dalam pasaran tersebut. Bagi mewujudkan daya saing inilah sesebuah syarikat boleh menggunakan  Strategi Lima Kompetatif Generik. dalam rajag dibawah menjelaskan pilihan-pilhan tersebut




Pilihan -pilhan tersebut :
a) strategi kos rendah (low cost provider strategy)
b) strategi pembezaan luas ( broad differentiation strategy)
c) strategi kos terbaik ( best cost provider strategy)
d) strategi kos rendah terfokus ( focus low cost strategy)
e) strategi fokus (focus differentiation strategy)

STRATEGI KOS TERENDAH
Syarikat menawarkan harga produk samaada barangan atau perkhidmatan yang terendah dalam industri. Oleh itu tidak ada syaruikat lain akan atau berupaya menawar harga serendah seperti syarikat itu tawarkan. Harga syarikat mestilah rendah dan bukan yang hampir sama dengan pesaing lain tetapi jauh lebih rendah dari aras pesaing.

Bagaimana untuk mencapainya
Untuk mencapai tahap ini syarikat atau organisasi hendaklah:
a) Mengawal kos-kos utama seperti:
- Skala pengeluaran ( economic of scale)
- Graf kadar pembelajaran (learning curve)
- Sumber-sumber utama ( key resource inputs)
- Nilai rantai industri ( industry vaue chain)
- Membahagi peluang kepada unit-unit lain dalam organisasi
- Melihat kepada kelebihan intergrasi atau Outsourcing
- Kebaikan dan keburukan menjadi pengerak pertama
- Kadar menguna keupayaan yang maksimum
- Pilihan strategi dan keputusan dalam operasi
b) Menilai kembali rantai nilai syarikat
Salah satu cara yang amat berkesan untuk mencapau strategi kos terendah ialah menilai kembali nilai rantai untuk mencapai kos yang lebih rendah dalam operasi serta pengeluaran bagi mengikis semua kos-kos yang tidak perlu atau yang boleh dikurangkan.  ini dapat dicapai dengan mengunakan inovasi. BOS atau Strategi Laut biru  (Blue Ocean Strategy), ER2C - iaitu apa yang perlu dibuang. Kurangkan, naikkan dan wujudkan (Eliminate, Reduce, Raise anda Create) diaman kanvas strategi digunakan untuk melukis carta kedudukan syarikat dalam penawaran perkhidmatan berbanding dengan pesaing lain. 

STRATEGI PEMBEZAAN LUAS

Strategi ini dialkukan dimana syarikat hendaklah mempastikan bahawa produk mereka samaada barangan atau perkhidmatan adalah berlainan dari pesaing-pesaing dalam industri.

Bagaimana untuk mencapainya:
a) mempastikan ciri-ciri produk adalah rendah kos pengeluaranya walau meneoati kehendak pelanggan
b) meningkat keuoyaan kelebihan produk
c) memenuhi kehendak pelanggan terhadao produk

STRATEGI KOS TERBAIK

Dalam melaksankan strategi ini syarikat hendaklah menwarkan barangan yang lebih nilai membeli kepada pelanggan pada harga yang lebih rendah daripada pesaing-pesaing lain dalam industri. Ini tidak bermakna inya akan menjadi produk yang terendah harganya dalam pasaran.

Bagaimana hendak mencapainya : 
a) Memberi pelanggan lebih nilai membeli 
b) membina sumber syarikat untuk mencapai tahap diaatas

STRATEGI FOKUS (PASARAN KHAS) BERDASARKAN KOS RENDAH

              Dalam strategi ini syarikat memberi konsentrasi untuk beberapa segemen pasaran sahaja pada kadar kos yag lebih murah dari pesaing. ini hanya dapat dicapai sekiranya syarikat berupaya menawarkan produk dengan kos rendah secara signifikan atau jenis seperti terendah dari orang lain.

Bagaimana untuk mencapainya:
a) Memperbaiki rantai nilai sama ada dalam segi proses dan kos 
b) Memasuki idea-idea inovatif dalam operasi dan pengeluaran 

STRATEGI FOKUS (PASARAN KHAS) BEDASARKAN KELIANAN

           Ini bermakna syarikat hanya memberikan konsentrasi terhadap ciri-ciri produk atau perkhidmatan berbanding dengan pesaing-pesaing lain dalam industri.

Bagaimana untuk mencapainya :
a) Segmen pembeli atau pelanggan mestilah jelas kepada syarikat tentang apakah yang mereka mahu, ingin       lihat tentang ciri-ciri kelainan produk.

Sumber : tesis Um , penyelarasan dan perlaksanan strategi - En zul UM




Read more ...