Pada Dasarnya Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran. Ini dibuktikan dengan pelbagai sistem ekonomi yang dijalankan. pihak swasta mahu pun pihak kerajaan berganding bahu membangunkan ekonomi Malaysia ini.
Pada Amnya sistem ekonomi ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi komunisme,sistem ekonomi campuran
Sistem Ekonomi Kapitalis
Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kepada pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa ganguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. takrif individu disini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk organisasi atau pun sekumpulan individu. sistem ekonomi kapitalis digerakan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan . pengkrtik sistem kapitalis ini mewujudkan jurang perbezaaan yang ketara antara kekayaan dengan miskin. sistem yang bertentangan dengan ideologi ini adalah komunisme dan sosialisme. kapitalisme berasal dari perkataan inggeris capital: yang bermaksud modal. istilah kapitalis mula diperkenalkan pada abab ke 19 oleh karl marx, pengasas komunisme untuk menerangakan ekonomi moden bukan komunis
amalan ekonomi kapitalis mengukuhkan di england diantara abad ke 16 dan ke 19 masehi. walaubagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamnya dikalangan saudagar zaman pertengahan, kapitalis menjadi dominan dibarat semenjak berakhirnya era Feudalisme. dari england kapitalis merebak keseluruh eropah dan pada abab ke 19 dan 20 ia menjadi sistem ekonomi dunia yang menyumbang besar didalam dunia perindustrian
Ekonomi Sosialisme
Adalah satu sistem perekonomian yang memberikan kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melakukan kegiatan ekonomi tetapi dengan campurtangan pemerintah. pemerintah masuk kedalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan perekonomian negara serta jenis jenis perekonomian negara serta jenis perekonomian yang menguasai hajat hidup orang banyak dikuasai oleh negara negara seperti air , electrik telekomunikasi, gas dan lain lain
Ekonomi Komunisme
Komunisme adalah satu sistem perekonomian dimana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber kegiatan ekonomi. setiap orang tidak berhak memiliki kekayaan peribadi sehinggalah nasib mereka ditentukan oleh pemerintah dengan tujuan pemerataan dan persamaan ekonomi . namaum tujuan sistem ekonomi komunisme ni belum lagi menunjukan sebarang kejayaan ketahap yang lebih maju, banyak negara telah meninggal amalan ekonomi ini.
Ekonomi Campuran
Ekonomi Campuran adalah sistem ekonomi yang mengabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi lazimnya ekonomi campuran mengandungi unsur unsur ekonomi kapitalis dan sosialisme dan ada juga mengunakan kaedah enam jenis ekonomi itu contohnya negara Malaysia.
Tiada satu definasi untuk ekonomi campuran , tetapi aspek paling penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian ( termasuk permilihan industri secara persendirian ) bercampur aduk dengan ekonomi terancang ( termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial , pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan asset atau sumber pengeluran oleh negara.
dari segi praktik nya banyak negara sebagai contohnya Amerika mengamalkan system ekonomi campuran ini,. Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalan kesemua jenis ekonomi ini atau pun 2 atau 3 jenis ekonomi . contohnya Malaysia pada asalan penubuhan Felda dan Fecra adalah mengamalkan sistem ekonomi Komunisma . dimana tanah dan rumah adalah hak milik kerajaan sepenuhnya, keadaan ekonomi ini bertukar dari satu kaedah kesatu kaedah ekonomi dari ekonomi komunisme bertukar kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalis , yang mana pada masa sekarang tanah dan rumah di felda telah menjadi hak milik penoroka. Kejayaan Felda untuk menaik taraf kan ekonomi peneroka telah membuka luas negara-negara luar dengan sistem ekonomi campuran yang telah diamal kan di malaysia.antara sysytem ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia adalah :
1) ekonomi Komunisme ---->2)ekonomi Sosialis ---->3)ekonomi kapitalis------->4) ekonomi islam
Untuk menjadi sebuah negara maju , kebanyakkan negara mengamalkan dasar ekonomi campuran, terutamnya didalam pelbagian teknologi yang makin berkembang pesat.
Ciri-ciri ekonomi campuran
1) Kegiatan ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta
Kerajaan - mengeluarkan barangan yang gagal disediakan oleh makanisma harga - meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan keuntungan.
2)Pilihan
pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluran yang mereka miliki
kerajaan membuat pengawalan dipasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barangan yang memberi manafaat kepada pengguna
3)Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal
Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang, supaya kegiatan ekonomi, tidak menghasilkan kesan luaran negatif
4)Keputusan Ekonomi
-semua keputusan ekonomi di tentukan oleh kerajaan dan makanisma harga, kerana sumber ekonomi dimilki oleh pihak kerajaan dan swasta
-keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebakjikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntugan.
-Firma bebas bersaing tetapi dikawal oleh phak kerajaan
- Frima bebas menentukan jumlah barangan yang akan dikeluarkan, kaedah pengeluaran dan sasaran bagi barangan yang hendak dikeluarkan.
- Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan makanisma harga.
- Kerajaan mengeluarkan barangan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
- idividu, pihak swasta dan pihak kerajaan bersama membuat keputusan
Kebaikan ekonomi campuran
1) Kegiatan ekonomi yang stabil
2)Agihan pendapatan yang lebih setara
3)Menyediakan barangan awam
Kelemahan Ekonomi Campuran
1)Karenah Birokrasi kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta
2) Kesukaran menetukan dasar yang sesuai
3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam
Sistem ekonomi campuran di Malaysia
1) Peraturan dan undang-undang
2)Pengawalan harga barangan dan perkhidmatan
3)Sistem Percukaian
4)Subsidi
5)Pemilikan kerajaan
(sumber : tesis USM, UM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan