PERUBAHAN DIDALAM ORGANISASI
Pada
masa ini Negara mengalami banyak perubahan dalam pelbagai bentuk. Ada
sesetengah perubahan itu mungkin sesuatu yang kita jangka, ada juga yang
berlaku tanpa diduga. Sebagai contohnya, perubahan terhadap harga beberapa
barangan kawalan dalam Negara seperti minyak. Persoalan utamanya sejauh mana
kita bersedia berhadapan dengan ssuatu perubahan atau setakat mana kita bijak
menangani sesuatu perubahan. Khusnya dalam konteks sesebuah organisasi. Secara
umumnya, perubahan yang perlaku didalam sesebuah organisasi adalah berkait
rapat dengan matlamat untuk mencapai peningkatan prestasi. Terdapat empat
katagori utama perubahan iaitu:
Struktur
Organisasi
Perubahan
struktur organisasi melibatkan pertukaran struktur formal yang berkaitan dengan
tugas dan hubungan autoriti. Perubahan ini termasuklah pembentukan dasar,
system maklumat system perakauaan dan belanjawan, pengurusan strategic,
aktiviti orang bawahan, system-sistem ganjaran dan isentif serta pengubahsuian
struktur organisasi formal. Perubahan struktur biasanya memberi kesan terhadap
keseluruhan organisasi. Sebagi contohnya bagi desing manager di sesebuah organisasi interior design yang
tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas mereka dengan efektif, pihat
organisasi akan mencari calon yang sesuai , sama ada dari dalam atau pun luar.
Produk Dan
Perkhidmatan
Perubahan
dalam produk danperkhidmatan termasuklah perhubungan produk atau perkhidmatan
baru serta pengubahsuaian dan pembaikan kepada produk dan pekidmatan yang sedia
ada. Tujuan perubahan ini adalah untuk meningkatkan syer pasaran, menambah
pelanggan baru atau pasaran global serta mengekalkan tahap kompetitif
organisasi interior Design. Kerap kali produk atau perkhidmatan baru berkait rapat
dengan inovasi perubahan teknologi.
Teknologi
Perubahan
teknologi berkait rapat dengan pengeluran dan kaedah-kaedah inovatif untuk
menukarkan bahan-bahan mentah kepda produk atau perkhidmatan. Perubahan ini
termasuklah robotic, optic gentian, alat-alat pemprosesan, statelit computer,
computer laser, perisian-perisian dan lain-lain inovasi teknikal. Selain itu
aliran kerja, kawalan kualiti, pembaikan kerja, keberkesanan kos, dan masa
memproses juga tergolong dalam katagori ini.
Manusia( Pekerja,
Pelanggan)
Perubahan
manusia merujuk kepada gelagat individu, sikap, kepercayaan, atau pegangan,
persepsi, kemahiran, asas-asas ilmu, keupayaan dan jangkaan kerja mereka.
Perubahan gelagat mungkin mencakupi usaha-usaha individu, kumpulan unit ataupun
seluruh organisasi. Peningkatan kemahiran didalam kepimpinan, komunikasi,
perancangan, pengurusan konflik, penyelesaan masalah, latihan teknikal yang
khusus, perhubungan kemanusian dan imej kendiri juga adalah termasuk dalam
kumpulan ini. Objektif utama bagi pembagunan kemahiran dan perubahan gelagat adalah
untuk mengukuhkan produktiviti individu dan prestasi organisasi keseluruhan.
Proses Pengurusan
Perubahan
Terdapat
banyak model yang cuba menjelaskan proses perubahan terancang dalam proses
perubahan itu sendiri. Dalam model lewin perubahan organisasi terancang
melaluai tiga fasa yang jelas dan berkait rapat. Fasa tersebut terdiri
daripada fasa kesedaran (unfreezing),
Perubahan (changing), dan penggukuhan ( Refreezing)
Berdasarkan
model perubahan terancang ini, terdapat beberapa aktiviti yang terlibat dalam
ketiga-tiga fasa iaitu:
Fasa1 : Kesedaran
-Menyediakan
situasi untuk berubah
Menetapakan
keperluan untuk berubah
Menciptakan
ketidakpuasan terhadap status quo
Atasi
sebarang tentangan terhadap perubahan yang dirancang
Bentuk
satu wawasan untuk masa hadapan
Perubahan
didalam organisasi perlu dilakukan dengan menetapkan keperluan untuk
berubah, apa yang diperlukan untuk masa apa masa hadapan. Mencuba mendekati
orang bawahan dengan memberi kesedaran kepada mereka, dan menyatakan organisasi
akan membuka cawangan baru di luar Negara , oleh itu mereka dapat meningkatkan
prestasi kerja mereka. Bagi yang inginkan bekerja di cawagan luar Negara ,
mereka perlulah memiliki sifat-sifat kualiti yang dikenhendaki oleh organisasi.
Perubahan ganjaran dan gaji serta pakej yang menaraik akan ditawarkan kepada
para pekerja yang berjaya. Secara automaticnya persaingan akan berlaku.
Fasa 2 : Perubahan
Perubahan
sebenar dilakukan
Kompenan-kompenan
organisasi diubah
Latihan
kemahiran dilakukan
Sumber-sumber
organisasi menyokong perubahan sepenuhnya
Setelah
perancang telah ditatapkan, organisasi akan merubah beberapa
kelayakan-kelayakan yang perlu ada bagi para pekerja untuk berkhidmat di luar
Negara. Latihan akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan, untuk memenuhi
keperluan tenaga kerja yang kualiti.
Fasa 3 : Pengukuhan
Perubahan
pengenalan distabil dan diinstitusikan
Gelagat-gelagat
baru diperkukuhkan
Penilian
atau maklumbalas dibuat
Pengubahsuian
dibuat
Segala
perancangan dan perubahan akan diwartakan. Ini membolehkan gelagat-gelagat baru
diperkukuhkan. Para pekerja akan merasa teruja dengan perubahan yang dilakukan.
Oerganisasi akan membuat penilian dan maklumbalas terhadap para pekerja.
HALANGAN -HALANGAN KEPADA PERUBAHAN ORGANISASI
Didalam
menuju perubahan organisasi , terdapat 2 halangan yang menjadi
halangan kepada organisasi iaitu:
a Halangan
Individu
b Halangan
Organisasi
Halangan Individu
Halangan ini berkaitan dengan para pekerja di organisasi. Bagaimana tanggapan mereka terhadap perubahan ini. Perhubungan antara para pekerja akan menimbukan konflik. Kerena persaingan akan berlaku bagi merebut peluang yang ditawarkan. Dan begitu juga dengan pemahaman mereka terhadap perubahan yang akan berlaku tersebut.
Halangan Organisasi
Halangan organisasi ini merujuk kepada imbuhan ganjaran yang akan ataupun sudah diberikan kepada para pekerja. adakah mereka berpuas hati dengan ganjaran tersebut. Adakah ganjaran yang mereka bakal dapat itu setimpal dengan hasil usaha mereka. Latihan yang mereka terima, adakah latihan ini bersesuaian dengan kebolehan mereka, dan adakah dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Halangan ini berkaitan dengan para pekerja di organisasi. Bagaimana tanggapan mereka terhadap perubahan ini. Perhubungan antara para pekerja akan menimbukan konflik. Kerena persaingan akan berlaku bagi merebut peluang yang ditawarkan. Dan begitu juga dengan pemahaman mereka terhadap perubahan yang akan berlaku tersebut.
Halangan Organisasi
Halangan organisasi ini merujuk kepada imbuhan ganjaran yang akan ataupun sudah diberikan kepada para pekerja. adakah mereka berpuas hati dengan ganjaran tersebut. Adakah ganjaran yang mereka bakal dapat itu setimpal dengan hasil usaha mereka. Latihan yang mereka terima, adakah latihan ini bersesuaian dengan kebolehan mereka, dan adakah dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Strategi Untuk Perubahan
Bagi melakukan sesuatu perubahan
strategi-strategi perlu dirancang. Terdapat tiga cara iaitu:
Perubahan Didalam
Struktur Organisasi
Perubahan
didalam struktur kerja perlu dilakukan. Struktur organisasi yang dibentuk bukan
sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia turut
memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Pembentukan struktur
organisasi dapat mengalakan peryertaan para perkerja yang berkemahiran serta
dapat meningkatkan prestasi organisasi. Struktur organisasi yang jelas dan
sesuai akan membolehkan tugas dan tanggung jawab dapat difahami dengan mudah
disamping dapat memberi faedah kepada keberkesanan dan kecekapan pengurusanya.
Ia juga menyumbang kejayaan organisasi. Struktur organisasi tersebut akan
menjadi garis panduan sebelum sesuatu tindakan perlaksanaan dilakukan. Ini
memandangkan ia boleh dijalankan dimana-mana bahagian dalam organisasi, iaitu samada dalam bahagian
organisasi iaitu samada diperingkat strategic, pertengahan mahupun operasi.
Perubahan Dalam
Teknologi Organisasi
Pekerja
yang kurang mahir akan dipertingkatkan kemahiran mereka. Teknik bantuan akan
diberikan bagi mengubah teknik membuat kerja yang lama, yang mungkin kurang
efektif. Mereka juga akan dilatih ataupun diberikan kursus jangka pendek bagi
meningkatkan kemahiran mereka. Alatan yang kurang sesuai akan ditukar kepada
yang lebih berteknologi. Keadan ini membolehkan para pekerja dapat
mengadaptasikan teknologi tekini di
tempat kerja. Mesin-mesin pemotong akan ditukar kepada yang berteknologi
robotic, supaya peningkatan pengeluran dapat dilakukan. Proses kerja yang
dilakukan secara manual akan ditukar secara automatic, bagi melancarkan
pergerakan. Perisian-perisain computer akan di upgradekan bagi perisain
rekabentuk, ini membolehkan menepati kehendak semasa
Perubahan Pekerja
Peningkatan
kemahiran pekerja kepada yang lebih mahir. Kursus jangka pendek mahu pun
panjang perlu diberikan kepada para pekerja. Sikap pekerja perlu diubah bagi
mendapatkan produktiviti yang lebih tinggi terhadap kerja mereka. Jabatan HR
memain peranan penting didalam meningkatkan motivasi pekerja. Komunikasi antara
pekerja perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan konflik yang berlaku di tempat
kerja,
Keinginan
untuk berubah
Pekerja yang kurang
berkemahiran akan diterapakan kepada meraka bahawa betapa perlunya perubahan
untuk menjadi lebih baik dari keadaan asal mereka. Jika mereka di keadaan asal
timbulnya ketidak puasan terhadap rakan sekerja mahupun organisasi. Sikap ini
harus dikikis terhadap para pekerja.
Menyahbekukan
Pemikiran Pekerja akan
diganggu supaya mereka dapat dimotivasikan dengan corak tingkah laku yang baru.keadaan
ini dapat menaikan tekanan untuk berubah dan dapat mengurangkan ancaman. Para
pekerja akan saling bergantung antara satu sama lain bagi memotivasikan diri
mereka.
Perubahan
Tingkahlaku yang baru
akan diperaktikan oleh para pekerja. Mereka akan mempelajari antara satu sama
lain sikap baru tersebut dan akan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Taingkah laku yang baru ini akan dapat dipraktikkan dalam keadaan yang
diperlukan
Beku
semula
Sikap yang baru ini
apabila telah sebati dan boleh diterima oleh para pekerja, ia akan menjadi satu
personality bagi para pekerja. penyelesaian masalah akan senang di selesaikan.
Matlamat-matlamat perubahan dapat dicapai.
Latihan Pembangunan
Latihan pembangunan adalah memberi manusia
kemahiran yang akan membolehkan mereka membangun atau mengembangkan potensi
mereka sepenuhnya dan membuat sumbangan yang maksima kepada organisasi, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa hadapan. Memberi
latihan atau tidak, bukan lagi merupkan satu pertanyaan yang memerlukan
jawapan. Perubahan yang pesat oleh dunia diikuti dengan perubahan sosial,
politik, ekonomi dan teknologi memeberi kesan kepada perjalanan organisasi Oleh yang demikian pelu melakukan perubahan dan
pengubuahsuaian organisasi secara
luaran dan dalaman. bagi menghadapi cabaran akibat perubahan yang berlaku ini,
latihan pembangunan merupkan satu alat yang penting. Latihan pembangunan dapat
dilihat sebagai satu aktiviti yang boleh membantu organisasi bagi
menghadapi cabaran yang akan datang.
Pelanggang bermutu ting
masa kini menuntut perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Organisasi akan
mengunakan latihan yang berinovatif dan memperkenalkan amalan-amalan baru, akan
dilihat sebagai lebih berpotensi dan kukuh dari segi kewangan berbanding dengan
organisasi yang lain. Seorang pekerja harus mempunyai pemahaman dan pengetahuan
bagi membolehkanya memantau dan memperbaiki kualiti perkhidmatan dan produk.
Pekerja akan mampu membuat demikian, jika ada amalan dan latihan pembangunan
didalam organisasi. Ianya bukan sekadar merekabentuk program, bahkan sebahagian
sumber manusia, pengerusi latihan dan juru latih haruslah berkeupayaan untuk
mendorong pekerja belajar, menimba ilmu pengatahuan dan berkongsi pengatahuan
tersebut bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
Objektif
Latihan Dan Pembangunan
Organisasi terdiri daripada pekerja dan melaluai usaha mereka sendiri, organisasi boleh
mencapai objektif dengan jayanya. Objektif organisasi boleh terdiri daripada
pengeluaran barangan kepada memberi perkhidmatan. Oleh yang demikian, latihan
dan pembangunan memberi sumbangan kepada kejayaan dan membolehkan pekerja untuk
:
-
Mengembangkan sikap
yang sihat dan sempurna. Pgrom latihan dan organisasi adalah
bertujuan membentuk sikap pekerja supaya menyokong aktiviti-aktiviti terancang
organisasi dan untuk memperolihi kebih kerjasama dan komitmen serta kesetian
terhadap Organisasi
-
Menambah keyakinan dan
moral pekerja. Dengan bertambahnya pengatahuan dan kemahiran yang telah
diberikan, pekerja akan menghadapi kerjanya dengan penuh keyakinan dan
kepastian. Kepercayaan kepada diri sendiri secara langsung akan meningkatkan
kemahiran yang berlipat kali ganda.
-
Mewujudkan hubungan
kukuh antara pekerja dengan kejayanya
-
Meningkatkan kemahiran
dan mengurangkan fenomena keusangan. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja
tidak static. Mereka perlu mengemaskini kemahiran dengan mempelajari perkara
baru supaya mereka boleh meningkatkan keberkesanan bekerja.
-
Menyediankan pekerja
kepada tugasan pada masa hadapan. Memberi peluang untuk meningkatkan kedudukan
didalam hiraki organisasi atau lebih terlatih serta beralih kepada tugasan yang
akan mendapat kenaikan pangkat.
-
Memperbaiki prestasi
pekerja dan seterusnya memperbaiki prestasi organisasi. Cara yang kos-efective
dan efisian dalam menjalankan sesuatu tugasan atau perkerjaan dipelajari oleh
pekerja semasa latihan. Ini membolehkan produktiviti bertambah dan lebih
berkualiti. Kerativiti dan insiatif dikalangan pekerja juga akan digalakkan.
Pemimpin
Pemimpin
dan kepimpinan tidak dapat dipsahkan daripada struktur organisasi. Ia merujuk
kepada factor kemanusian yang menyatupadukan sesuatu kumpulan dan motivasikan kearah
pencapaian objektif. Setiap organisasi memerlukan pemimpin-pemimpin yang
benar-benar boleh memimpin orang bawahan mereka. Kepimpinan berlaku apabila
sesorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha
kearah pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Ia juga terdiri daripada
interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan,
ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan dimana wujudnya
seorang pengurus yang berkesan didalam suatu sistem pengurusan yang cekap,
disitu juga terdapat seorang pemimpin yang berkesan.
Ciri-Ciri Pemimpin Dan
Kepimpinan Yang Sesuai Untuk Perubahan Organisasi
-
Mempunyai pengatahuan yang luas, semakin tinggi kedudkan sesorang dalam hiraki
kepimpinan organisasi ia semakin dituntut untuk mampu berfikir dan bertindak
secara rasional
-
Berkemampuan Berkembang
-
Mempunyai sikap yang rasa ingin tahu, merupakan satu sikap yang mencerminkan
dua hala.
-
Daya ingatan yang kuat, pemimpin harus mempunyai daya ingatan yang kuat dan
mempunyai kemampuan intelaktual yang tinggi
-
Keterampilan berkomunikasi secara efektif, fungsi komunikasi didalam organisasi
antara lain: memotivasikan, ekpresi emosi, penyampian informasi, dan juga fungi
pengawasan.
-
Berkemampuan membezakan hal yang penting dan patut didahulukan.
-
Menjadi pendengar yang baik
-
ketegasan
-
Keberanian
-Mampu
bertindak secara objektif, kerana kejayaan sesebuah organisasi bergantung
kepada kemampuan pemimpin bertindak secara objektif
Kesimpulan
Mengapa organisasi perlu perubahan? Perubahan amat penting didalam mana-mana organisasi
dan kepentingan peranan ini dijangka akan meningkat pada masa akan datang. Jika
berlaku kemerosotan ekonomi perubahan perlu dilakukan. Pelbagai faktor memainkan
peranan penting didalam perubahan ini. Yang paling ketara adalah latihan
pembangunan organisasi. Keadaan ini membawa impak yang besar kepada organisasi.
Kerana ia boleh mempertingkatkan kemahiran bahkan kerjaya seseorang pekerja
didalam organisasi. Organisasi berubah bukan hanya ketika ada masalah, tetapi
kita harus sentiasa mengadaptasi dengan perubahan sekeliling agar organisasi
terus mantap. Didalam mengurus perubahan organisasi Organisasi, pemimpin
haruslah menjadi pemikir, pelaksana dan penilai kepada perubahan itu serta
sedia mengambil kira faktor-faktor seperti jangkaan keperluan dan tuntutan
daripada para pekerjadan bukan merancang dari aspek strategic, teknikal dan
pulangan material semata-mata. Kepimpinan organisasi Organisasi menjadi faktor
yang penting dalam mengurus perubahan dan turut diberikan keperihatinan yang
utama kerana ada antara perubahan yang mereka lakukan sering menemuai
kegagalan. Dalam banyak keadaan perubahan yang diperkenalkan bukan setakat
tidak berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan tetapi harus berhadapan
dengan permasalahan baru sedangkan permasalahan lama tidak berjaya dibendung.
Keadaan ini berlaku dikatakan kerana pemimpin mengambil tindakan tanpa
mengambil kira jangkaan, keperluan dan tuntutan yang berkaitan dan menerima
kesan langsung perubahan yang dilakukan.
Pemimpin perlu ingat
bahawa mereka tidak boleh secara bersendirian melakukan perubahan sungguhpun
mereka berperanan menentukan visi dan misi di sebalik perubahan. Sebaliknya
orang bawahanya yang berada dibarisan hadapan lebih mengatahuai keperluan bagi
perubahan dan bagaimana hendak berhadapan denganya. Perubahan berkait rapat
dengan mengurus perasaan dalam orang bawahnya sendiri. Perubahan terancang
antaranya bermaksud perubahan yang drastic, pesat dan melibatkan keseluruhan
jentera operasi. Perubahan ini juga merupakan perubahan yang dilaksanakan
secara besar-besaran sama ada satu reformarsi, proaktif dan transformasi.
Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk menganti, memusnah dan merubah
keseluruahan jentera dan pasarana organisasi dan dilaksanakan bagi memastikan
kelangsungan organisasi
Perubahan tidak
terancang, antara maksudnya perubahan yang dilakukan bagi memenuhi tuntutan
masa dan situasi sebagai reaksi kepada tekanan persekitaran. Perubahan ini tidak
dianggap sebagai ancaman kepada kelangsungan organisasi, malah akan lebih
memantapkan lagi organisasi dan perubahan ini dikenali sebagai ancaman kepada
perubahan membangun yang melibatkan skop yang terhad dan boleh kembali kepada
situasi asal jika perubahan yang dilakukan tidak berjaya sebagaimana dirancang.
Hal ini adalah kerana perubahan dilakukan dalam kawalan pemimpin.
Pemimpin perlu bersedia
untuk menghadapi ketidak pastian bagi menjayakan perubahan, antaranya dengan
cara membangkitkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan orang
bawahanya terhadap perubahan yang dilakukan. Pemimpin yang berkesan harus
menjadi model sebenar sebagai agen perubahan dengan membuktikan perubahan dapat
dilakukan. Oleh itu Organisasi harus membuat pilihan sama ada bersedia untuk
melakukan perubahan secara teratur dan menghadapi pelbagai kemuningkinan atau
menolak perubahan dengan menunggu saat `kematian` organisasi dibawah kepimpinan
mereka.
Sumber : Tesis UM( Operation Behavior) Ilhaamie binti Abdul
Ghani Azmi – Amalan pengurusan sumber manusia berteraskan kompentasi dan
kualiti Perkhidmatan dalam organisasi awam di Malaysia: Kesaling bergantungan
tugasan sebagai penyerdahanaan –
En. Raja Rusman Raja
Samah– nota kuliah Ob – UM
USAID -Human Resource
management rapid Assesment Tool for Public and Private Sector Health
Organization . www.msh.org
page 2,5,6,7,8,11,15,16,17(date 10/4/2011)