Apakah harga sebuah kain kapan?
adakah kita sering memikirkan tentang harganya, sudah kah kita bersedia dengan kain kapan kita? adakalanya kita tidak pernah memikirkan berapa peruntukan yang kita perlu sediakan untuk Bil kita yang terakhir ini. serasa saya ramai yang menyediakan bill terakhir kita ini adalah orang lain. kalau nak membeli rumah atau kereta dan sebaginya kita akan menyimpan untuk persedian . tetapi tidak kah pelik bagi kita yang tidak pernah sekali pun terfikir didalam benak hati kita, untuk menyimpan duit kain kapan kita. mungkin harganya dalam sekitar RM1000 ringit di setengah tengah tempat. tetepi. adakah kita telah bersedia atau pun kita lalai untuk menyediakan persiapan untuk kita berjuma dengan yang Maha Pencipta kita
Saya ingin berkongsi disini kisah bapaku. Bapaku telah kembali mengadap ilahi pada 22/10/2011 pukul 11.00 pada hari sabtu pagi. Selepas nazak selama sehari selepas sembahyang jumaat. Bapaku berumur 76thn. telah lebih kurang bapaku 5 tahun bapa tidak boleh berjalan hanya menaiki kerusi roda.
Bapaku sering mengigati kematian, Sering kali bapaku menyuruh abangku mahu pun aku mengambil wang dari bank sebanyak RM1000 ringgit untuk persedian kain kapannya. Katanya dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Tapi kami berkeras bahawa tak perlu , anak-anak ada akan menguruskanya.
Dia sering bercerita kepadaku perihal kematian. Dia redo dengan kentuan ilahi yang dia akan berkerusi roda. Bapaku tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan Ibuku.
Bapaku sering bercerita kepada ku berkaitan Taubat, kita perlu bertaubat setiap hari, walaupun kita rasa kita tidak melakukan kesalahan.