Pada Dasarnya Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran. Ini dibuktikan dengan pelbagai sistem ekonomi yang dijalankan. pihak swasta mahu pun pihak kerajaan berganding bahu membangunkan ekonomi Malaysia ini.
Pada Amnya sistem ekonomi ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi komunisme,sistem ekonomi campuran
Sistem Ekonomi Kapitalis
Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kepada pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa ganguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. takrif individu disini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk organisasi atau pun sekumpulan individu. sistem ekonomi kapitalis digerakan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan . pengkrtik sistem kapitalis ini mewujudkan jurang perbezaaan yang ketara antara kekayaan dengan miskin. sistem yang bertentangan dengan ideologi ini adalah komunisme dan sosialisme. kapitalisme berasal dari perkataan inggeris capital: yang bermaksud modal. istilah kapitalis mula diperkenalkan pada abab ke 19 oleh karl marx, pengasas komunisme untuk menerangakan ekonomi moden bukan komunis
amalan ekonomi kapitalis mengukuhkan di england diantara abad ke 16 dan ke 19 masehi. walaubagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamnya dikalangan saudagar zaman pertengahan, kapitalis menjadi dominan dibarat semenjak berakhirnya era Feudalisme. dari england kapitalis merebak keseluruh eropah dan pada abab ke 19 dan 20 ia menjadi sistem ekonomi dunia yang menyumbang besar didalam dunia perindustrian