zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Kisah Ramadan dan ibukugoogle0d30047a50102498.html

Sabtu, 28 Jun 2014

Kisah Ramadan dan ibuku

Ramadhan datang kembali menemuai kita, Terutamanya aku dan ibuku. Sebelum ini kami berdua menyambut Kedatangan Ramadhan tanpa arwah bapak. Dah 3 tahun rupanya, bapak pergi meninggalkan kami. 


         Ibuku semakin hari berganti hari semakin uzur. Setaip kali datangnya Ramadhan aku dan ibuku sekeluarga menyambut ramadhan dengan penuh meriah walaupun sederhana. Teringat masa kecil-kecil dulu, Mak lah yang paling sebuk menyediakan juadah untuk bersahur. Ha nak tahu apa makan kegermaran mak yang suka masak untuk bersahur? Apa lagi rendang pedas ayam. Dulu arwah bapak ada bela ayam masa zaman kami sekolah. Memang best makan rendang pedas Ayam kampung. Itu masakan kegemaran ibuku. Pasti setiap kali menjelang Ramadhan ibuku akan memasak masakan kegemaran kami sekeluarga. Tapi tahun ini bila aku tanya nak masak apa ? ibuku hanya menjawab entah lah? 
         Tapi hari ini, malam tadi dia teringinkan Chiken chop , so kami pegi ke Restoran Uncle Jimboy tapau Chiken chop. Aku rasa kalau aku yang masak Chiken chop lagi sedap pe huhu, walaupun rasanya okey okey aje, tapi ibuku aku lihat dari raut wajahnya dia sungguh puas. 
          Dan rupa-rupanya sudah 5 tahun lebih aku tinggal bersama ibuku. Hari ini aku juga ada menyediakan Rendang Dendeng kegemaran Arwah bapaku. Ini masakan kegemaran bapaku. Pasti setiap kali raya pasti kami sekelaurga akan memasak rendang ini. 
           Moga Ramadhan ini membawa berkat kepada ibuku, dan juga aku. Moga umur ibuku dipanjang kan sehingga dia melihat aku bergelar Dr. Walaupun aku masih lagi dalam perjalanan menghabiskan MBA ku, tapi cita-cita ku ingin menyambung pengajian ku pula di peringkat PHD, suatu hari nanti. Ini lah doa arwah bapaku. Kerana Ibu-bapaku lah aku dapat menyambung pengajian ku, kerana doa mereka lah aku dapat menyambung pengajian ku.
         Jadi sekarang aku mula sedar, aku tak perlu malu kepada orang lain, yang aku terpaksa memgambil keputusan untuk berhenti kerja, semata-mata untuk menjaga kedua orang tuaku. Kerana aku sudah tahu tuhan telah membalas dan menghadiahkan sesuatu yang bernilai pada ku , berbanding hidup ku yang berjauhan dengan ibu-bapaku dulu. Walaupun Arwah bapaku tiada, untuk melihat aku menamatkan kan pengajian  MBA ku, yang pasti ibuku masih ada. 
           Kedatangan Ramadhan kali ini, banyak mengajar aku tentang pengorbanan kedua orang tuaku. Hanya anak yang tidak tahu mengenag jasa kedua orang tuanya sahaja yang akan terus hanyut di buai dunia.

Selamat menyambut Ramadhan : SETIAP INSAN PUNYA KISAH HIDUP MEREKA TERSENDIRI, HANYA ALLAH SAHAJA LAH YANG MAHA MENGATAHUAI. JADI HIDUP BIAR JADI INSAN JANGAN JADI MANUSIA. KERANA INSAN DAN MANUSIA ITU DUA ENTITI YANG BERBEZA. DI BEZAKAN OLEH AKAL. 

Tiada ulasan: