zpCUbhkAlqAxZqsAqVw3Z_Q0I18 Sumber Perkongsian Ilmu ©: Khasiat Herba dan buahgoogle0d30047a50102498.html

Rabu, 4 April 2012

Khasiat Herba dan buah




Buah Zaitun
-Kandungan Vitamin : A,B1,B2,C,D,E,K dan besi
-Digunakan untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran, merupakan syarat utama untuk gaya hidup utama.
-Digunakan untuk pembuatan produk kecantikan kerana ciri-ciri yang boleh memlembutkan kulit
-Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding dengan lemak
-Minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran.
-Vitamin E dalam minhak zaitun merendahkan kolestrol LDL, tekanan darah dan risikko sakit jantung koronari
-Vitamin K menghalang darah dari melekit dan membeku
-Mengurangkan penaykit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akaibat penuan.

Menurut Ulamak Zahbi , minyak zaitun boleh menguatkan rambut dan badan. boleh dijadikan tonik bagi melambatkan proses penuan.

Ibnu Qayyin ianya merupakan penyeri wajah.Menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut.Berkesan untuk bisul, ruam lamping, gatal-gatal dan ulser yang kronik.Dapat melegakan penyakit gusi dan gigi jika disapau pada tempat yang sakit.

Dalam kajian saintifik didapati bahawa minyak zaitun dapat meghalang pembentukan kanser kolon.



Cara Pengambilan :
1) Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan
2) Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu t
Teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam , cuci)
3)Menghilangkan parut pada anggota badan yang lain (ratakan campuran yg diterangkan diatas pada
anggota terlobat biarkan selama 2 jam


Buah Kismis

Kandungan kismis setiap 100g
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11mg
Vitamin C 1.3 mg

Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan
memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur)
Melawaskan pembungan air besar
Melindungi hati
Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi

Kelebihan Kismis
-Kismis adalha satu manisan asli ciptaan ALLAH SWT. Ia juga merupakan buah-buahan kering yang berkhasiat dimuka bumi ini.

-Tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. membekalkan tubuh dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnisium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

-Serat zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. Seratnya juga kaya dengan anti-oksida (anti penuan)

-Mengandungi fruktosa yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
-Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir.



Kurma
-Mengandungi zat galian sperti potasium, kalsium, fosforus, odium, Vitamin A dan Vitamin C, dan niasin dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.
-Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0
-Kandungan gula 50 hingga 57 peratus glukosa

Khasiat Buah Kurma
-Mencegah penyakit kronik seperti Penyakit jantung dan kencing Manis. Menyihatkan sel darah merah. mampu memanaskan badan dan kesehatan wanita dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga
-Membantu kecedasan minda dan membantu proses tumbesaran.
- Membina keperibadian yang mulia seperti penyabar, bersabar dan cerdas pemikiran.
-Makanan yang paling sempurna.
-Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula didlam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi
-Biji kurma yang dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan dijadikan teh.
-Menambahkan tenaga seksual dan batin.
-Membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsanagkan selera makan.
-Melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripada penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pangaliran darah semasa kelahiran
-Membunuh kuman dalam badan
-Mencegah penyerapan kolestrol LDL dalam usus.
-Kalium dalam kurma adalah kompenen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stoke.
Friman Allah : "Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung,







Buah Tin
Kandungan buah tin adalah :
Proten 4.3 gm, lemak 1.3 gm, mineral 2.4 gm, serat 5.6 gm, karbohidrat 63.4 gm,tenaga 274 kcal, kalsium 126 mg, fosforus 77mg, zat besi 3 mg, vitamin C 1mg.

Khasiat Buah Tin
-Menyingkirkan keracunan (toksin) , mencairkan kahak tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan. membersihkan hati, jantung dan juga membersihkan lendir dalam usus.
-Bermanafaat untuk yang mengidap penyakit buasir dalam dapat membantu mengurangkan bengkak dan mengecutkanya.
-Melawaskan kencing dan merawat sakit sakit badan.
Menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.



Buah Delima

Buah delima mengandungi sodium dan unsur nutrien seperti riboflavin, tamin, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosfurus.Kandungan vitamin A,B1,B2,B3dan C


Kelebihan
-Mengandungi antioksida yang unggul , diterajuai oleh asid ellagik, yang berupaya melindungi kelenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
-Memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser dari merebak.
-Menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam saluran darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolestrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolestrol baik.
-Menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus.
-Mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzhemier
-Menccegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
-Baik bagi ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
-Menghalang pembentukan sel kenser, mencantikan kulit
-memberi tenaga
-Elok untuk pesakit yang menghadapi tekanan darah tinggi dan rendah.
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan-
-Memperelokan rahim




Halia

Mengandungi banyak atsiri, damar mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol, zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, Vitamin A, B1,c dan protein

Khasiat
-Membantu untuk menghadamkan makanan.
-Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederharana.
-Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah
-Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
-Membuang angin yang terdapt didalan usus besar dan kecil.
-Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum,
-Menghilangkan bau busuk mulut
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
-Memebuang kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum panas akan menghilangkan bau busuk mulut.
-Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapt pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum
Firman Allah : "Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campuranya dari halia"




Madu
Firman Allah : "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada demkian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan: (surah Al-Nahl :69)

Kandungan :
Madu mengandungi glukosa dan fruktosa, sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Mengandungi Vitamin B1,B2,C,B6 dan B6 komposisinya berubah ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsusikan oleh lebah. Didalam madu juga terdapat tembaga,yodium dan seng dalam jumlah yang kecil dan beberapa jenis hormon.

Khasiat madu:
1-Kaya bahan anti oksida yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser.
2-Antara sumber tenaga asli tubuh yang terbaik, meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan.
3-Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa
4-mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan.
5-Boleh merawat penyakit mata
6-Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan
7-Mengambalikan kekuatan tubuh
8-Merangsang tenaga Batin
9-Membersih dan menambah darah
10-Membantu pertumbuhan janin bayi
11-Menghilangkan rasa kebas kebas dan lenguh
12-mengeluarkan lendir didalam badan bayi dan menguatkan minda
13-Menambahkan kejelitaan rupa paras
14-Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda
15-Mestabilkan kandungan gula dalam darah
16-Mengelakkan dari kegemukan yang tidak terkawal
17-mempermudahkan proses penghadaman yang tidak terkawal
18-Memulihkan penyakit berpanjangan
19-Menguatkan jantung , buah pinggang dan melawas buang air besar
20-Menyembuh penyakit didalam perut
21-Mempercepatkan kesan luka dan pembedahan sembuh
22-Menghindari badan letih dan lesu
23-Mengurangkan kesakitan bila datang haid
24-Membantu secara khusus dalam pertumbuhan fizikal dan mental janin

Cara mengunakan Madu
1-Tukar atau kurangkan pengunaan gula kepada madu dalan penyedian minuman harian
2-Campur sedikit madu kedalam air suam sebagi minuman
3-Campurkan madu didalam segala persedian membuat kuih/masakan.Keharuman madu akan menawan
selera
4-Jika batuk dan lelah, minum satu atau dua sudu madu, jangan dicampur denga air
5-Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kamung dengan sedikit madu.Dikacau dan kemudian
diminum.
6-Campurkan sedikit madu kedalam minuman kanak-kanak, mereka akan lena dan nyenyak
7-Untuk kesegaran sepanjang hari minum sesudu besar bersama segelas air suam
8-Bagus untuk penyakit mata, titiskan sedikit madu pada mata
9-Sapu pada gigitan atau sengatan serangga berbisa

Antibiotik
-Sapu pada luka bagi memberhentikan darah dengan segera, bagi melindungi dari jangkitan kuman
-Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain lain.
-Kudis kurap dan lain lian penyakit kulit
-Sakit mata titiskan madu kedalam mata





Habbatus Sauda'

Kandungan Habbatus Sauda' mengandungi Fixed oil, minyak minyak asa (sterol, thymohydroquinone,carvone, limonine,cymene) Alkaloids, saponin dan asid amino.
Kaya dengan :
Monosaccharide glukosa,xylosa
Polysaccharide
Fatty acid yang tidak tepu( unsaturated essential fatty acids, efa) EFA tidak boleh dihasilkan olehbadan kita
Amino asid yang bentuk protein
Karotene iaitu sumber vitamin A
Kalsium, zat besi

Khasiat:
-Antiinflamasi, mengubati perih/radang tengorok
-Antiarthritis,mengubati reumatik
-Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala
-Aktiviti hormon, mengatur haid dan meningkatkan aturan susu
-Antiseptik, mengubati deman dan flue
-Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim
-Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal
-Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelak penyakit
-Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diere, kejang konstipasi dan empedu
-Nematocidal, mengubati cacing pita
-Respiratory tract, mengubati sesak nafas.




Zaffaran
Raja segala rempah adalah kerana keberkesananya dalam menyumbang penyelesian masalah kesihatan dan harga yang mahal dan senilai dengan emas.

Kandungan
Mengandungi carotenoid,glycoside, gentioglucoside, y-Crocetin,trans crocetin isomer, 13-cis- acarote, Beta-carotene,lycopene, zeaxanthin dan mangicorocin, asid amino, protein, kanji, galian

Khasiat :
-Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
-Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
-Melegakan sakit kepala, asma muntah-muntah dan penyakit buah pinggang
-Penyakit gila babi atau sawan, suakr tidur malam
-Memudahkan penghadaman dan bau mulut
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
-Menambahkan tenaga zahir dan batin
-Masalah mati pucuk, sembelit
-Pertumbuhan akal danfizikal bagi bayi dan kanak-kanak
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing
-mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak yang baru nak tumbuh gigi
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
-mengutkan ingtan dan menghilangkan keletihan
-Menyembuh sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

"Dan mereka-meraka(yang beriman) sentiasa mengigati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau baring. Dan mereka berfikir tentang segala penciptaannya sama ada di langgit ataupun di bumi. Mereka berdoa: |Wahai tuhan kami, tidak satupun (kejadian di langit dan bumi) yang engkau ciptakan secara sia -sia .Maha suci engkau , selamatkan kami dari neraka"
(surah Ali-Imran :191)

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99)

"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (ar-Ra'd [13]: 4)

"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum, dan bersenang hatilah...." (Maryam [19]: 24-26)
(sumber: panduanpercuma,zihan,universiti of zegreb -crotia,universiti of waikato-new zeland,universiti of cardiff- wales, AL-Quran)

Tiada ulasan: